tips memilih tudung mengikut warna kulit

helo hye yoo ! memandang kan kita dah semakin hampir dengan syawal ni . nahh . aku nak kongsi sikit tips memilih tudung mengikut warna kuli...

helo hye yoo !
memandang kan kita dah semakin hampir dengan syawal ni . nahh . aku nak kongsi sikit tips memilih tudung mengikut warna kulit . yeeahh , aku taw mesti yang kulit gelap ni cakap " kulit aku gelap laa . nanti pakai tudung color cerah lagi la nampak gelap " sebenar nye nop dear . tudung yang cerah akan buat muka lagi berseri . tapi yes, keberanian tu tak de . sebab tu aku pon kadang kadang pakai warna gelap .


bile tengok tudung banyak banyak macam ni, boleh berbuih mulut aku noks . tu lah perempuan . malang la sape kawen dengan aku nantiii . nah tips nye .

1. Kulit gelap: Bagi kamu yang memiliki kulit gelap, warna tudung yang sesuai adalah seperti warna plum, lavender, warna-warna pastel dan warna neutral seperti putih. Warna-warna ini akan membuatkan kulit kamu kelihatan lembut dan sudah tentu lebih cerah. Tapi ingat! Elakkan menggunakan warna coklat, hitam dan oren kerana ia akan membuatkan wajah kamu bertambah gelap. Begitu juga warna-warna terang seperti hijau gelap, merah bata dan kuning.

2. Sawo matang: Mejoriti rakyat Malaysia memiliki kulit jenis ini kan? Warna tudung yang sesuai bagi kamu adalah seperti warna krim, biru navy, ungu dan hitam. Manakala warna yang perlu dielak seperti merah, kuning, hijau gelap, coklat gelap dan warna oliv.

3. Putih kekuningan: Bagi kulit jenis ini, kamu dinasihatkan untuk mengenakan tudung dari warna merah jambu, merah dan biru. Bagaimanapun, elakkan menggunakan warna krim, coklat dan oren. Kalau tidak, kamu akan kelihatan pelik!

4. Berkulit putih: Bagi kamu yang memiliki kulit jenis ini, tiada masalah untuk kamu mengenakan sebarang jenis warna sama ada warna gelap atau warna cerah. Semuanya kena saja pada kamu. Pun begitu, kamu kelihatan lebih berseri jika mengenakan warna hitam, kelabu, merah, biru dan ungu. TETAPI! Elakkan warna pastel, putih dan beige sebab warna-warna itu menyebabkan kulit kamu kelihatan sangat pucat.


warna ni jugak boleh membantu untuk pemilihan co;or lipstik jugak taw . nanti aku update untuk lipstik pulak ye .

haaaa. so macam mane? rasenye senang la korang nak shopping tudung nanti . harap tips ni banyak membantu korang laaa . tapi kena ingat ! warna dan corak baju pon mainkan peranan penting dalam pemilihan tudung . korang jangan terlalu terikat dengan warna kulit sampai kan apa yang korang pakai looks funny .

You Might Also Like

5 comments

  1. kite mcm sawo matang atau gelap, tapi kite suka tudung peach...buleh x? ahhaha terima kasih kasi tipps..berguna nie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa. Kite kulit gelap. Suke pakai warna gelap. Ok tq kakak.

      Delete
  2. Kite xpasti kite sawo matang atau kuning langsat

    ReplyDelete
  3. Kalau Cikna bantai je semua warna janji sedap mata memandang,hhahaaa.......;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cik na. sebenarbya cara nak pilih tudung adalah letak pada muka dan tengok dekat cermin sesuai tak. Kalau first kite tengok cermin dan pandangan kita terus tengok tudung , maknanya x sesuai. kalau nampak muka dulu, tu tudung yang sesuai.

      Delete

ShopLinks

babab.net