Hati baru untuk adik Zharif

Assalamualaikum Sayu hati ni bila tengok bayi sekecil Zharif ni menanggung sakit . Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan . Kit...

Assalamualaikum

Sayu hati ni bila tengok bayi sekecil Zharif ni menanggung sakit . Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan . Kita yang besar ni pon tak sanggup nak tahan sakit sorang sorang, inikan pulak sekecil zharif ni. Macam mana la keadaan adik Zharif ni kan .


Nama adik ni Muhammad Zharif Al Hafiz bin Mohd Zulfazrul. Sedap nama nya kan . secomel empunya badan. Adik Zharif ni baru berusia 9 bulan, mengidap penyakit bengkak hati. Hanya 20% je hati adik Zharif berfungsi. Dan sangat memerlukan pemindahan hati dengan segera.

Si kecil ni memerlukan RM150 000 hingga RM200 000 untuk melakukan pemindahan hati dengan segera. Dengan itu aku nak ajak kawan kawan semua menderma untuk adik Zharif ni . Tak banyak pon, sikit pon jadi lah . Untuk beri peluang kepada adik Zharif menikmati kehidupan sepertimana rakan rakan dia yang lain . 

Kesian si kecil ni. Dia memerlukan hati, sedangkan kita yang sihat ni tak menjaga hati dengan sempurna. 

Untuk menderma, boleh salurkan kepada 


Kalau tak menderma pon, sama sama lah kita doakan semoga adik Zharif dipermudahkan segala urusan nya. Kasihan anak kecil ni diuji dengan penyakit yang kita sendiri tak boleh nak tanggung . You must be a strong boy soon sayang . 

Amin ~


You Might Also Like

4 comments

  1. semoga adik ini akan sihat seperti anak anak lain :)

    ReplyDelete
  2. Ya Allah adik kecik lagi.. tabah tabah.. insyallah ada yang pemurah diluar sana
    ringan2kan tangan membantu..

    ReplyDelete
  3. dah dia pun telah menghadap Ilahi~ T_T

    ReplyDelete
  4. salam takziah..semoga adik Zharif ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.. anak syurga.. kehilangannya dirasai.. :(

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net