Aktiviti Berfaedah Untuk Anak Ketika Cuti Sekolah.

Assalamualaikum. Maka hari ini bermula lah cuti pertengahan tahun bagi pelajar sekolah dan cikgu sekolah. Yang kerja tu jangan nak ber...

Assalamualaikum.



Maka hari ini bermula lah cuti pertengahan tahun bagi pelajar sekolah dan cikgu sekolah. Yang kerja tu jangan nak berangan cuti ye . Aku yang duduk melepak kat rumah ni pon jangan berangan nak cuti sekolah, sebab hari hari dah cuti.  Tak cukup lagi ke .

Jadi sempena cuti sekolah ni tak ada plan apa apa ke ? Yelah plan nak balik kampung ke .. Nak bawa anak anak bercuti ke. Sebenarnya banyak aktiviti cuti sekolah untuk anak anak, contohnya Program memantapkan Jati Diri Pelajar, Kem Ibadah, Kem Pelajaran dan macam macam lagi.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak anak ketika cuti sekolah jika ibu bapa sibuk bekerja dan tiada masa disamping untuk mengelakkan anak bosan dirumah dan mencuba aktiviti berbahaya.


  1. Hantar anak ke kem motivasi
  2. beri didikan tentang dunia ICT supaya mereka boleh menggunakan teknologi dengan cara yang betul.
  3.  Hantar mereka ke kelas bahasa terutamanya kelas bahasa inggeris.
  4. hantar ke kelab kelab seperti berenang, kelab muzik, kraftangan dan menari.
  5. Hantar ke kampung halaman supaya boleh belajar sesuatu yang baru dikampung.
  6. Luangkan masa membaca buku ilmiah ataupun novel.
Bagi ibu bapa yang mempunyai maasa terluang, bawa lah anak anak melancong. Tidak perlu keluar negara, cukuplah di dalam negara ini sahaja. Ini sebagai ganjaran kepada mereka yang sudah bertungkus lumus belajar bersungguh sungguh. Mereka boleh melepaskan tekanan belajar dengan cara bergembira dan menikmati dunia luar. 

Antara tempat perlancongan ketika cuti sekolah.

  1. Taman Tema Air.
  2. Taman Negara.
  3. Zoo negara.
  4. Kawasan Tanah Tinggi.
  5. Pulau pulau kecil di Malaysia.
Banyak lagi sebenarnya tempat percutian. Ada yang bajet tinggi dan ada yang bajet rendah. Luangkan sedikit masa bersama yang tersayang, sementara masa masih ada. Masa tidak menunggu kita. Hargai lah mereka.


You Might Also Like

7 comments

  1. wah aswaleyla.com berwajah baru..cantik.. cuti ni kak ana duk rumah je leyla, kak long nak masyk sambung sem tiga dah hihi :)

    ReplyDelete
  2. NIce sharing lela...kak efa boleh la follow plan lela ni yer...hehe

    ReplyDelete
  3. paling best kalau balik kampung lahhhh.best gilaaaa.budak2 skrg ni.main tab jelahhhh.

    ReplyDelete
  4. hihihi..cantik blog..
    kena edit yg tu ----> Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Aenean commodo ligula eget dolor Aenean massa.

    ReplyDelete
  5. betul isilah masa dengan aktiviti berfaedah untuk anak-anak. jangan sampai diornag terperuk dengan main hp je selalu.. x proaktif la gitu

    ReplyDelete
  6. gembira anak2 bila cuti sekolah...

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net