#cabaran20hari Pengalaman Sahur tak jadi

Pengalaman sahur tak jadi.  Pengalaman ni mungkin bukan terjadi dekat aku sahaja, mungkin orang lain pon pernah rasa betapa sedih, ...

Pengalaman sahur tak jadi. 



Pengalaman ni mungkin bukan terjadi dekat aku sahaja, mungkin orang lain pon pernah rasa betapa sedih, haru, unexpected, terkilan dan kecewa. 

Cerita dia macam ni, malam kejadian, aku kunci jam pukol 5 pagi, Awal la tu bagi orang bujang yang masih menuntut di universiti kan. Macam biasa aku akan kunci jam sebanyak mana yang boleh. 5.05 pagi, 5.10 pagi, 1.15 pagi, 5.20 pagi dan seterusnya. Dengan yakin aku rasa aku boleh bangun sahur pagi nanti. 

Hasilnya aku memang terjaga tepat jam telefon bimbit aku berbunyi nyaring. Alhamdulillah aku sempat bersahur pagi ni. Aku pon terus bangun dan menuju ke bilik air. Masa masih panjang, sempat la aku gosok gigi, basuh muka pakai pencuci muka bagai kan. Lepas dah rasa segar, Aku keluar bilik air dan menuju ke katil.

Aku capai gelas dan tuang air kosong. Aku capai kotak kurma lalu mengambil sebiji buah kurma. Walaupun hanya sebiji kurma, nampak sedap dan menyelerakan. Sambil tangan dibawa kemulut, mulut mahu menerima buah sunnah itu, Terus kurma itu selamat mendarat kedalam mulut.. tiba tiba .... 

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ! 

What ? azan subuh ? air segelas pon aku tak sempat nak minum. kurma yang dah masuk mulut tak sempat nak kunyah . Apa yang perlu aku buat ? terus kunyah dan telan ? atau buang semula ?

Dengan penuh rasa kecewa, aku buang balik kurma, pergi kumur. Aku capai telefon bimbit, jam hampir pukul 5.30. Maknanya aku bangun sudah terlalu hampir dengan imsak. Aku bangun lepas bunyi jam yang terakhir, bukan yang pertama. Sedih sampai ke petang. Sayu nya sehingga berbuka. 

Macamtu la pengalaman sahur aku, Korang pernah kena macam ni tak ? Atau pernah dengar cerita macam ni. Mesti pernah kan. Ada jugak orang senasib dengan aku ni.

You Might Also Like

2 comments

  1. alaaaaa sedihnyaa. nasib still kuat smpai bebuka. hehe. btw mcm mna nak follow sini ?

    ReplyDelete
  2. hik hik hik...

    terbabas tu biasalahhh sama macam Bonde he he he

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net