Followers

Damai dengan alam semulajadi

Aku seorang gadis yang suka shopping dan sukakan perkembangan teknologi. Buktinya aku ambil bahagian kejuruteraan di universiti. Tapi aku...

IMG_640

Aku seorang gadis yang suka shopping dan sukakan perkembangan teknologi. Buktinya aku ambil bahagian kejuruteraan di universiti. Tapi aku tak akan ketepikan nilai semulajadi dunia yang boleh memberikan ketenangan dalam jiwa. Aku cuma gadis kampung yang membesar dikelilingi dengan hutan dan hijau. Sebab itu aku lebih sukakan kehijauan alam semulajadi. Sebab tu aku tak kisah join palapes yang bermain dengan hutan dan tanah . Sebenarnya aktiviti macam tu boleh mendekatkan aku dengan alam.

Keindahan alam ini kurniaan Ilahi untuk kita nikmati. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberi. Jagalah ia, jangan kita kotori dengan sampah sarap. Kerana ianya bukan milik kita. Alam sekitar adalah amanah daro Allah untuk kita pelihara dan nikmati. Sesungguhnya Allah jua lah yang berkuasa mencipta segala keindahan ini dan dia jugalah yang akan menghancurkannya suatu hari nanti.

Kesejukan dan kesegaran suasana alam. Air yang mengalir tanpa henti memukau mata yang memandang. Membuatkan aku mahu terus terjun menikmati air yang sejuk dan tenang.

20150615205829

Bertasbihlah memuji kebesaran Allah yang telah mencipta dan meminjamkan keindahan alam ini . Subhanallah. Terima Kasih YA ALLAH.



You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net