Followers

Jus Pegaga Sedap

Rahsia awet muda Aku ni bukan la awek muda sangat pon, Muka dah ala ala mak mak gitu. Tapi untuk perkongsian bersama, aku bagi tips s...

Rahsia awet muda

Aku ni bukan la awek muda sangat pon, Muka dah ala ala mak mak gitu. Tapi untuk perkongsian bersama, aku bagi tips sikit untuk rahsia awet muda ni. 
ti yang pertama adalah senyum sokmo. Tu lah tips yang paling mujarab. Aku ni sangat susah nak senyum nya. tu lah yang tak berapa nak awet muda tu . Dengan senyuman, kita telah memberi sedikit senaman muka keatas sel sel dan kulit muka kita . sebab tu lah muka kekal anjal dan awet muda. Senyuman kan penyeri wajah. 

Tip yang kedua adalah minum jus pegaga ataupun makan ulam pegaga yang dibuat ulam. Pucuk pegaga banyak khasiat nya. Antara khasiat pegaga ialah menghilangkan bintik hitam pada muka,

Cara menghilangkan bintik hitam pada muka.

Ambil sepuluh helai daun gegaga, dan cuci dengan air garam. Tumbuk hingga halus dan campurkan dengan air garam dan bedak sejuk yang ditambah dengan sedikit air suam. 
Tempekkan campuran tadi pada muka pada sebalah malam dan bersihkan pada keesokan hari. Amalkan petua nie setiap malam. In shaa Allah bintik hitam akan hilang. 

Wajah berseri dengan rebusan daun pegaga.

Ambil secekak daun pegaga bersama akar. Rebus dengan dua gelas air kosong sehingga tinggal segelas air rebusan tersebut. tapis air rebusan dan biarkan sehingga sejuk. Minum sekali sehari selepas makan malam. Wajah akan kelihatan lebih berseri .


Resepi Jus Pegaga. 

Jus pegaga kelihatan hijau pekat tetapi punya rasa yang sedap . Kalau tak percaya cubalah resepi ni . Rasa jus pegaga ni lebih kurang jus epal. 

resepi:

Segenggam pucuk pegaga.
Sebiji epal.
Sebiji buah limau nipis.

cara cara:

Blend semua bahan diatas. Boleh tambah sedikit gula . Tapi jangan terlalu banyak . Kurangkan gula dalam minuman kan . Kalau boleh jangan campur gula lagi bagus . 

You Might Also Like

5 comments

  1. wahhh banyak jugak benda boleh buat dengan pegaga ni... menarik :D

    ReplyDelete
  2. nasib baik ada epal n limau.. kalo dak mmg xleh telan =P

    ReplyDelete
  3. limau tu dengan kulit2 skali ke blend??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kak, limau tu perah je jangan blend

      Delete

ShopLinks

babab.net