Followers

AFB.MY

Mandi Air Telaga

Thursday, June 04, 2015

DSC_0065

Dekat rumah aku atau lebih tepat kampung aku tidak menggunakan khidmat air berbayar atau indah water. Sebab kampung aku ni terletak dekat dengan bukit yang ada saliran air yang baik. Jadi kami hanya menggunakan saluran air dari bukit tersebut. Air tu disalurkan melalui paip ke rumah kami. Jadi kami dah jimat dari segi pembayaran air.

Setiap pagi memang kami akanmandi dengan air sejuk sesejuk air dalam peti ais. Sebab tu lah aku cukup liat nak mandi pagi tapi terpaksa jugak mandi sebelum pergi ke kedai ma. Tapi bukan mandi P.Ramlee ok.

Tetapi apabila hujan lebat,paip air yang menyalurkan air tu akan tersumbat dengan daun daun kering dan pasir di atas bukit. Jadi telaga lah yang menjadi sumber air di rumah aku . Dulu ada lah pasang motor, tak payah la nak timba air telaga tu naik ke atas. Tapi motor tu dah rosak, terpaksa lah kami sekeluarga gunakan kudrat sendiri untuk mandi dan melakukan kerja rumah.

DSC_0068 

Ini lah yang dipanggil timba. Moden sikit dari timba zaman dulu yang dibuat dari kayu. Timba ni digunakan untuk kara air telaga. (kara *bahasa kelantan bermaksud timba air telaga tu naik ke atas)

Dah lama aku tak pakai timba ni. Tapi sekali pakai, keluar semua otot-otot lengan aku. (bajet tough). Tapi serius sangat penat sampai aku cakap dekat ma " sambil mandi pun boleh berpeluh kalau macam ni". Memang feel mandi dengan air telaga sampai tak nak berhenti. Mandi pulak tengah malam, tutup lampu takut ada orang mengintai. Feeling anak dara zaman dulu.

Patutlah orang tua-tua  sihat dan kuat sampai sekarang. Pagi pagi buta dah exercise. Nak masak, nak membasuh, nak mandi, semua kena timba air sendiri. Bukan macam kita sekarang, buka mata, buka paip, air da mengalir tunggu kita basuh muka je. Orang tua-tua dulu pukul 5 pagi dah mandi, mandi 40 gayung sambil selawat. Sebab tu kekal sihat, kuat dan awet muda. Aku percaya yang lahir tahun 90 an ke bawah pernah rasa mandi telaga. Tapi yang lahir tahun 2000 keatas, tak ramai yang rasa mandi telaga kan . Betol ke tak ?

You Might Also Like

7 comments

  1. kami orang bandar, pagi2 layan trafik jem.

    ReplyDelete
  2. SA petnah rasa mandi telaga sbb ini je sumber air yg kami ada..pun kat kg SA xde guna pili air masa tu...kalau ada pun buat sendiri aliran paip masukkan ke rumah...xde bayar bil air bagai...airpun bersih dan x tercemar....

    ReplyDelete
  3. Samalah kita... kat kampung pun masih pakai air telaga lagi..

    ReplyDelete
  4. lama dah tak mandi air telaga Leyla, dulu kak ana kecil2 memang mandi dengan air dari telaga ni hihi :)

    ReplyDelete
  5. bestnya mandi air telaga....!! sejuk dan segar... :)

    oooo... mandi 40 gayung sambil selawat boleh awet muda ehh.. ok, nak cari telaga sekarang jugaaaaaaa.... hahahahahaa... :p

    ReplyDelete
  6. klasiknyaaa.. CT tak pernah mandi air telaga..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follow us on instagram