Followers

CABARAN CINTA JARAK JAUH

CABARAN CINTA  JARAK JAUH Pasti ramai yang bercinta jarak jauh sebab sambung belajar dan tuntutan kerja. Tidak dinafikan cinta jarak...

CABARAN CINTA  JARAK JAUH



Pasti ramai yang bercinta jarak jauh sebab sambung belajar dan tuntutan kerja. Tidak dinafikan cinta jarak jauh sangat mencabar dan penuh dengan ujian. Pernah aku mengalami situasi ini, sebab kan kegagalan cinta jarak jauh ni akhirnya aku ambil keputusan sendiri.

Daripada pengalaman yang ada, bagi aku didalam cinta jarak jauh ni paling penting adalah kepercayaan dan kesetiaan. Ya, kalau salah satu antara kepercayaan dan kesetiaan ini tidak ada. Mungkin hubungan cinta itu akan bertemu jalan  pengakhiran.

Kepercayaan yang perlu ada dalam setiap hati tidak kira perempuan ataupun lelaki. Tidak boleh berasa curiga ke atas pasangan. Memang perasaan curiga ini akan muncul setiap waktu. Itu lah penting nya percaya kepada si pasangan. Macam mana tak curiga bila berjauhan. Kita tak tahu apa yang si pasangan buat di sana. Mungkin dia cakap tengah study, tapi dalam fikiran kita memikirkan si pasangan tengah berdating dengan pasangan baru. Betol tak ? Jadi percaya itu sangat penting.

Kedua adalah kesetiaan. Kesetiaan kepada pasangan ini perlu. Jangan sesekali suka atau jatuh cinta dengan orang lain. Mungkin kerana berjauhan, orang yang terdekat dengan kita mengambil berat lebih terhadap kita, jadi kita mudah untuk jatuh cinta dan menghargai orang yang terlebih mengambil berat berbanding pasangan kita. Ini lah yang sebenarnya kerap berlaku.

Bagi mengelakkan perkara ini, jangan pernah mintak tolong dengan kawan berlainan jantina kecuali sangat terpaksa kerana kawan sama jantina tak mampu nak menolong. Jangan terlampau melayan kawan yang lain jantina sehingga member harapan kepada nya kerana kita sudah memiliki kekasih hati yang jauh disana. Ini akan menyebabkan kita berasa serba salah dan tak mampu hampakan orang yang terdekat dengan kita itu.

Jaga lah hati kita dan hati pasangan agar hubungan berakhir dengan kebahagiaan di Dunia dan akhirat. Cinta jarak jauh ni bagus kerana menjauhkan kita dari zina tetapi tetap mendekatkan kita dengan zina hati. Cinta jarak jauh selepas nikah kan best. Tiap hujung minggu dating dan  honeymoon!

You Might Also Like

5 comments

  1. akak pernah PJJ hampir 5 tahun..seksanya hanya Allah sahaja yang tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer citer seksa tu camna... nak tahu jugak laa.. hehe

      Delete

  2. harap dgn teknology dapat mendekatkan yg jauh

    ReplyDelete
  3. bercinta okeh kot kalo PJJ.. tapi bila dah kawen macam not a good idea sngt lah.. hehe.. mmg jiwa kena kental =D

    ReplyDelete
  4. hehehe kalo dah kawen ok sikit kot.. kalo belom
    mmg xleh lari dari prasaan insecure tu.. macam mana kan.. jauh..

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net