Followers

#cabaran20Hari amalan berbalas juadah di bulan puasa.

gambar dari  mama3farhanah.blogspot.com Amalan membalas juadah masih diamalkan dekat kampung aku walaupun agak kurang sekarang. Kebias...



Amalan membalas juadah masih diamalkan dekat kampung aku walaupun agak kurang sekarang. Kebiasaannya atara keluargalah yang masih amal  amalan berbalas juadah ni. Tak lupa jiran yang terdekat. Kebiasaanya aku akan tukar juadah dengan atuk belah ma. Bukan apa, bila aku pergi hantar juadah, aku cakap la.

"Ni kuih k.na buat,  bukan hantar saje ni. Nak balasnya"  muehehehe

Dapatlah aku tukar juadah dengan atuk aku tu. Skill ni tidak elok diamalkan kepada jiran baru. Nanti silap hari bulan periuk naik ata kepala. Tak ikhlas katanya ! Tapi bila dengan keluarga dan orang yang rapat dengan kita, kita takkan rasa ayat tu macam tak ikhlas. Sebenarnya tu gurau gurau manja ja.

Kebiasaan nya ma akan bertukar juadah dengan orang orang tua. bukan bertukar juadah sebenarnya, tapi bagi je kepada orang tua sebb mereka tak mampu nak masak macam orang muda. Setakat berbuka ala kadar, jadi apa salahnya kita sedekahkan sikit juadah kita kan. Untuk menggembirakan hati orang tua. Tak luak pon juadah rumah kita , malah dapat elakkan kita dari membazur. Membazirkan amalan syaiton..

You Might Also Like

1 comments

  1. Saya memang buat benda ni sampai skrang dengan jiran, hatta jiran tu bukan Muslim pun ... :)
    Tapi akhir2 ni jiran selalu tak ada ..

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net