Followers

#Cabaran20Hari | Bajet Raya

Cakap pasal bajet raya, aku tak boleh nak saintifik kan berapa bajet raya sebab masih kanak kanak riang yang mana semua kelengkapan raya ma ...

Cakap pasal bajet raya, aku tak boleh nak saintifik kan berapa bajet raya sebab masih kanak kanak riang yang mana semua kelengkapan raya ma ayah yang urus. Tak guna duit aku pun sebab aku memang sedia maklum tak ada duit sendiri. Ada lah sikit sikit, tapi aku simpan lah. Takot satu hari nanti terdesak nak guna duit kan.

Tapi secara keseluruhannya kelengkapan raya aku tak banyak sangat. Sebab baju raya Cuma beli kain dekat Jakel. Lepas tu ma yang jahit. Jadi upah tempah jahit baju dah lepas kat situ. Tudung beli kain dekat kamdar je. Ma yang jahit jugak. Kerongsang beli dekat mydin, 12 biji RM10. Kasut aku pakai murah murah  je. Beli dekat  kasut you.

Dah, semua kelengkapan raya aku dah cukup.  Beli je ikut kemampuan kita. Jangan membazir beli baju berpasang pasang. Sedangkan pakai sekali, pastu tak pakai dah. Tak ke membazir namanya tu. Kan aku cakap membazir tu amalan syaitan. Jadi janganlah kite ikut sangat amalan syaitan tu ye . tak elok tau berkawan dengan syaitan.


You Might Also Like

2 comments

  1. ukur baju badan sendiri kan.. :)

    ReplyDelete
  2. bagus tu leyla sebab elakkan pembaziran di hari raya

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net