#Cabaran20Hari Kenangan Terawikh di masjid masa zaman kanak kanak

Pengalaman yang tak pernah aku lupakan. Itu lah kali terakhir aku aku solat terawih ketika zaman kanak kanak. Lepas kejadian itu aku tidak l...

Pengalaman yang tak pernah aku lupakan. Itu lah kali terakhir aku aku solat terawih ketika zaman kanak kanak. Lepas kejadian itu aku tidak lagi dibenarkan solat terawih. Kalau diingatkan peristiwa ini. Gelak sampai sakit perut.

Semasa kanak kanak sangat la gembira bila nak gi solat terawih. Gembira bukan sebab solat tetapi sebab boleh keluar rumah pada waktu malam. Masa kanak kanak mana ada boleh keluar waktu malam. Bila malam je dapat perintah berkurung dalam rumah. Bila nak pegi solat terawih, gembira lah aku .

Hari pertama solat terawih berjalan dengan lancar. Hari kedua masih berjalan lancar. Bila masuk hari ketiga, baru lah terasa penatnya solat terawih sebab lama berdiri. Budak budak kan, mana boleh duduk diam sangat, terasa letih bila berdiri setempat lama lama. Bila dapat sujud tu suka sangat lah.

Lepas tu bermula la tragedi yang tak boleh dilupa. bila sujud aku buat macam ni.


Aku sembang dengan mak saudara aku kat sebelah. " ti, penat tak ? lama lah berdiri tadi, nak solat lagi ke ? lepas ni kite duduk belakang nak ?"
mak saudara aku pon sama " tu lah. lama lah dia baca, jom ah duduk kite keluar kejap lagi"

haa.  Mak aku dan beberapa makmum lain dengar la apa yang kami sembangkan. Lepas habis solat dorang gelakkan kami. Lepas tu ma dah tak bagi dah kamisolat terawikh sebab buat perangai macam tu. Sampai lah aku tahun 6. Tak pergi dah solat terawikh. Masuk sekolah menengah baru start terawikh balik. 

Macam tu lah pengalaman aku terawikh masa zaman kanak kanak dulu. Sampai sekarang kenangan tu masih segar dalam kepala aku ni.  Masing masing mesti banyak pengalaman terawikh kan ? kongsi la dengan aku. Nnti letak je link kat bawah ni. SALAM RAMADHAN SEMUA.

You Might Also Like

2 comments

  1. hahaha..olo,....comey jak kalau gtu gayanya lela

    ReplyDelete
  2. ahahahhaa.. memang masa kecik2 dulu terasa lamanya ..sampai kebas kaki..jejejejje..

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net