#Cabaran20Hari Kuih Kegemaran dibulan puasa kuih kekoh chaa

Assalamaualaikum . Entry cabaran hari ni pasal kuih kegemaran. Aku bukan cerewet sangat pasal kuih muih ni. Apa yang ada aku makan. Kadang ...

Assalamaualaikum .
Entry cabaran hari ni pasal kuih kegemaran. Aku bukan cerewet sangat pasal kuih muih ni. Apa yang ada aku makan. Kadang kadang tak sentuh pun kuih. Bila berbuka puasa aku capai air duku. Lepas tu kurma. Lepas tu nasi. Dah kenyang makan nasi, tak hiraukan kuih dah la.

Tapi nenek aku memang wajib ada kuih untuk berbuka. Jadi macam macam kuih la buat. Hari ni kuih lain. Esok lain pulak. Takut bosan kan. Biasa nya kuih ni masak sendiri je. Nak beli macam tak berbaloi sebab ramai orang kat rumah. Kalau beli banyak lari bajet pulak.

kuih kekoh chaa

Ok berbalik kepada kuih kegemaran, aku biasanya suka makan kuih ondeh ondeh atau kuih melaka. Tapi kat kampubg panggil jugak kuih 'kekoh chaaa'. Kenapa kuih kekoh chaaa ? Apa maksud kekoh chaaa ?
Kekoh tu bermaksud gigit. Tapi kalau kekkoh ada maksud lain pulak. Kekkoh maksud dia bergaduh. Chaaa tu sebab bila kita gigut kuih tu akan terpancut gula melaka yang cair tu kan. So we call that chaaa.

Contoh ayat kekoh
Mu jekoh nape sapa patah gigi ?
Maksud
Kau gigit apa sampai patah gigi ?

Contoh ayat kekkoh
Jangan duk kekkoh gop. Kang aku piat dua dua kang.
Maksud
Jangan duk bergaduh la. Kan aku rotan dua dua kan.

Secara tak langsung aku duk ajar bahasa terengganu pulak kat sini. Takpe, sesiapa yang bakal menjadi orang terengganu boleh la belajar .

You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net