Followers

#Cabaran20Hari | PENGALAMAN MAIN MERCUN MASA RAYA

Mercun Paling Bahaya Aku ni sebenarnya budak baik. Jadi aku tak main mercun mercun ni . kalau main pon mercun pop je. Cis ! poyo sangat....

mercun bahaya

Mercun Paling Bahaya

Aku ni sebenarnya budak baik. Jadi aku tak main mercun mercun ni . kalau main pon mercun pop je. Cis ! poyo sangat. Padahal mercun bola tu mainan je. Aku suka main mercun walaupun agak takut takut. Tapi nak ada pengalaman tu macam tak ada je. Sebab aku main dengan penuh etika, jadi tak ada apa pon yang jadi. Alhamdulillah .

Aku cukup larang anak buah aku nak main mercun. Bukan apa, kanak kanak zaman sekarang main nye bukan bukan. Letak dalam botol la, letak dalam seluar la. Hasil dia macam macam yang putus. Tak ke kesian kalau macam tu. Diorang main tak fikir panjang. aku dulu memang tak la nakpelbagai kan permainan tu sebab aku ni penakut kot.

Paling best aku main mercun dengan pak sedara aku. Main lastik mercun bola. Letak mercun bola dekat lastik lepas tu cucuh, pastu lastik mercun tu ke udara. Tapi aku tukang cucuh je la. Pak sedara aku yang lastik. Time aku nak cuba. Belum dia cucuh aku dah melompat lompat. Lepas dah cucuh, cepat cepat aku lastik lepas tu lempar lastik dan lari. Sebab aku takut mercun tu jatuh atas kepala.

Tu la serba sedikit pengalaman aku. Nasihat aku untuk adik adik, jangan lah main mercun ye adik adik.bahaya. baik kita takut, kenagelar noob pon tak apa lah. Asalkan kita raya jari cukup. Kesian mak ayah susah hati kalau apa pa jadi dekat kita kan. Dengar ni tau. Kan akak tarik telinga kan.

You Might Also Like

3 comments

  1. CT budak baik jugak hahaha.. x main benda2 macam ni.. mmg dari kecik mak x ajar semua ni. so bila dah besaq tngk spupu2 beli mercun beli bunga api utk anak2 diorang CT rasa weird hehehe..

    ReplyDelete
  2. hehehe siap kasi gmbr mercun lagi.. CT tak main sebab penakot =P

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net