Followers

#Cabaran20Hari Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

Pengalaman pahit ni semasa bulan Ramadhan ketika aku berusia 15 tahun. Masa tu aku di tingkatan tiga dan cuti panjang. Panjang pon tak ju...


Pengalaman pahit ni semasa bulan Ramadhan ketika aku berusia 15 tahun. Masa tu aku di tingkatan tiga dan cuti panjang. Panjang pon tak jugak. Cuti seminggu kalau tak silap. Aku pon dah ingat ingat lupa.

Ma aku demam denggi yang teruk. Sepanjang hari demam menggeletar. Sampaikan satu malam macam tak sedarkan diri. Panas sangat, macam nak pengsan. Aku dengan ayah bawak pergi klinik. Sampaikan pergi rumah doktor, sebab klinik tutup waktu berbuka. Aku usaha bercakap dengan ma sebab masa tu ma macam dah longlai. Sebenarnya aku takut ma dah tak bangun bangun dah . Tuhan je tahu perasaan aku masa tu.

Lepas doktor pergi klinik, cek dan masukkan air dalam badan ma. Dia suruh tunggu sekejap, tunggu ambulans datang ambil untuk ke hospital. Tu lah kali pertama aku naik ambulans. Sangat takut sejuk seram aku rasa. Bukan sebab ambulans tapi sebab ma aku ada dalam tu sekali. Terbaring atas katil dalam ambulans. Ayah ikut dari belakang.

Sampai dekat Hospital Setiu, terus ke unit kecemasan. Lepas 2 3 jam dalam unit kecemasan, baru lah ma dipindahkan ke wad. Sepanjang dekat wad, aku lah yang jaga ma. Sahur berbuka aku semua dekat wad. Peperiksaan Pra PMR tak lama lagi. Aku study buat latihan semua dalam wad. Pagi balik rumah dengan ayah. tengah hari datang balik. Bawak segala buku buku. Hospital dah jadi rumah kedua masa tu. Tidur pon sekatil dengan ma .

Seminggu lepas tu cuti sekolah dah habis. Aku terpaksa ke sekolah sebab ada peperiksaan. Aku jawab exam sambil nangis sebab ingat kat ma. Bila balik asrama, aku call ma. Ma cakap dah keluar hospital. Ok lah. Aku pon rasa tenang sikit. Lepas habis peperiksaan, aku col ma . Ma tanya dah habis exam belom? aku cakap dah. Baru lah ma cerita hal sebenar. Rupa nya lepas aku ke sekolah, ma kena pindahkan ke Hospital Kuala Terengganu sebab kena penyakit paru paru berair pulak. Tapi dah keluar betol betol dari hospital. Ma tak nak aku risau semasa exam, sebab tu cakap dah keluar hospital .Alhamdulillah sampai sekarang ma sihat walafiat.

Tu lah pengalaman pahit di bulan puasa aku . Korang macam mana pulak ? sertai cabaran 20 hari dan berkongsi pengalaman korang.

You Might Also Like

3 comments

  1. sebagai pengomen pertama..ini adlh crita yg sgguh sdih..mak kak lela sggh tbh... sggp brslndg di sebalik crita sbbr..agr jak lela tidak risau akn ksihatannya, dn dpt tmpu pd ppriksaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyo lah along eh . hari hari k.lela nangis tahu . takot dah bile ma jatuh sakit . nasib baik ma jarang jarang sakit .

      Delete
  2. bagus lela...walaupun nak exam, xabaikan ma leyla... akk respek leyla... mak2 memang camtuh leyla, mak ni biasanya taknak anak dia risau kan dia... mak akk pun, kalau akk nk exam, mesti mak akk sembunyikan berita yg boleh ganggu akk masa tuh.... harap leyla kekal strong mcm ni tau :D

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net