#Cabaran20Hari | Tetamu Raya Paling Ditunggu-tunggu

Tengah fikir siapa tetamu raya yang paling ditunggu tunggu sebab aku tak ada someone special yang aku nak tunggu sangat. Biasa nya aku akan ...

Tengah fikir siapa tetamu raya yang paling ditunggu tunggu sebab aku tak ada someone special yang aku nak tunggu sangat. Biasa nya aku akan tunggu kawan kawan sekampung lah. Nak tunggu kawan kawan yang lain memang tidok ler sebab semua jauh jauh. Kawan kawan sekampung je lah yang jadi teman.

Kawan kawan ni sangat special sebab diorang ni kawan aku sejak lahir lagi. Cewahhh. Dari kecik main sama sama, sampai kan sekolah rendah sama. Belajar sama sama, main sama sama, gaduh sama sama. Sebab kampong aku ni agak terpencil dan penduduk yang sedikit. Sekolah rendah hanya untuk penduduk kampung aku sahaja. Jadi satu kelas masa tu Cuma 14 orang. 4 lelaki dan 10 perempuan. Selalu je yang si lelaki kena buli dengan anak gadis kampung ni .


Ni anak gadis yang suka membuli 


Ni pulak teruna yang dibuli. Sekarang dah besar dah. Dulu kecik kecik berani la buli. 


Ni lah kami. Ramai jugak yang tak ada ni. Sibuk masing masing kan. 

You Might Also Like

8 comments

  1. haaaa....?? anak gadis pula buli anak teruna....??!!
    hehehehehe... leyla.. leyla.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu time kecik2 la k.ain . da besar ni dorg buli kami pulak

      Delete
  2. seronoknya bila raya nanti kan? paling best bila saya yang mak mak ni still dapat duit raya. hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best nye kak. saye yg besar ni dah tak de duit raya dah .

      Delete

ShopLinks

babab.net