Followers

JANGAN MENYESAL DENGAN SESUATU PERKARA

    JANGAN MENYESAL DENGAN SESUATU PERKARA Jangan menyesal dengan sesuatu perkara yang kita pilih. Sudah tentu Allah yang berkehenda...

    JANGAN MENYESAL DENGAN SESUATU PERKARA



Jangan menyesal dengan sesuatu perkara yang kita pilih. Sudah tentu Allah yang berkehendak kita memilih sesuatu perkara tersebut. Apa yang berlaku dalam hidup kita adalah pilihan yang kita buat menggunakan akal dan fikiran sendiri. Jadi kenapa perlu menyesal ?

Contohnya aku menyesal kenapa tak pilih matrikulasi dulu. Kenapa aku pilih diploma? Aku fikir, kalau aku pilih matrikulasi, mungkin aku tak macam sekarang. Mungkin aku jadi pelajar cemerlang yang sedang ambik degree sekarang ni. Tapi itu semua MUNGKIN ! Pastikah kita yang kita akan jadi yang lebih baik daripada sekarang ? atau mungkin sekarang lebih baik daripada aku pilih matrikulasi dahulu ? Semua tu tak pernah ada jawapan. Semua tu rahsia Allah. Kenapa dia buat kita duduk pada tahap sekarang.

Kita menyesal kerana kita tengok kawan kawan yang lain dah Berjaya. Kawan kawan yang lain dah fly study overseas, kawan kawan yang lain dah kahwin. Tapi kita ? Hidup masing terumbang ambing tanpa arah tuju yang nyata. Sebenarnya tu semua rezeki Allah. Sebab rezeki mereka sampai awal. Sebab Allah bagi rezeki yang berbeza beza untuk hambanya. Siapa kita nak persoalkan soal rezeki dengan Si Pemberi? Apa yang diaturkan itu adalah sebaik baik aturan.

Kita tengok kawan yang lain bahagia punya harta berlambak. Itu rezeki mereka, rezeki kita mungkin esok mungkin lusa. Yang penting hanyalah usaha dan doa.

Kalau terasa sangat down dan menyesal dengan keputusan yang kita buat. Cuba persoalkan, kenapa aku dilahirkan? Itu juga pilihan yang kita buat di alam roh sebelum ditiupkan kedalam rahim ibu kita. Itu kesanggupan kita untuk jadi khalifah Allah di muka bumi ini. Adakah kita menyesal dengan pilihan kita yang pertama tu ? Meskipun kita menyesal, mampukah kita nak undur masa dan buat keputusan bahawa kita tak sanggup jadi khalifah di dunia? Tidak, yang kita mampu Cuma ubah diri kita kearah yang lebih baik, berusaha untuk jadi yang terbaik di dunia dan akhirat. Jadikan hari semalam tu pengajaran untuk mematangkan diri di masa depan.

Jadi  jangan pernah menyesal dengan semua perkara. Kita yang pilih untuk itu. Tiada siapa yang paksa kita untuk memilih. Teruskan hidup untuk jadi yang lebih positif. Chill la, aku pon ada benda yang buat aku menyesal, tapi bila fikir secara positif, ada hikmah disebalik semua kejadian.

 Jangan menyesal malah bersyukurlah masih bernyawa dan dikurniakan hari esok untuk terus menjadi yang positif.  Amin..



You Might Also Like

4 comments

  1. lela tak perlu akan kekesalan, setiap yang diaturkan untuk kita ada hikmah disebaliknya, In Shaa Allah .

    ReplyDelete
  2. bhahahhaa okay gambar yg last tu kelakar >.< hahaha
    CT pun penah gak nyesal nape x masuk matrik..
    nyesal x teruskan buat itu ini tapi betul tu.. kita kena redha dan setiap satu ada suratan masing2 yang kita x nampak lagi.. but He knows the best.. insyallah semua yang trjadi adalah yang trbaik untuk kita..

    ReplyDelete
  3. betul tu lela. kena move on ke depan :D

    ReplyDelete
  4. takde masa nak lama2 merintih, keep rolling ...

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net