KERETA SEWA TAYAR KERETA PECAH

Tayah kereta pecah semasa kereta berjalan. Bahaya wooo. Alhamdulillah tak ada perkara berbahaya yang terjadi. Pengalaman yang tak perna...

kereta sewa

Tayah kereta pecah semasa kereta berjalan. Bahaya wooo. Alhamdulillah tak ada perkara berbahaya yang terjadi. Pengalaman yang tak pernah aku lalui sebelum ini. Semua ni terjadi minggu lepas sebelum majlis konvokesyen aku. Malam nya ada raptai konvokesyen, lepas selesai raptai mulalah perut berkeroncong minta diisi. Mana nak isi perut kalau tinggal di pauh ni. Tak ada tempat makan yang aku tahu. Terpaksa ke kangar untuk cari makanan.

Dalam perjalanan, sangat lah gelap highway kat pauh. Gelap dan lampu kereta yang macam tak berapa nak menyala. Lampu tinggi pon macam lampu rendah, kalau lampu rendah jadi buta sebelah lampunya. Sebab dah lapar sangat, kami redahkan aje. Dalam kepekatan malam tiba tiba ternampak satu objek terbaring ditengah jalan dan..... Kami pijak objek tu. Ya Allah . cuma tuhan je tahu betapa gugurmya jantung bila terpijak anjing yang telah mati. Sungguh kami tak nampak. Terlalu dekat untuk elak. Kereta belakang pon pijak anjing tersebut. 

Dah sampai kangar, rasa tenang sikit. Dah kenyang, makan pon da selesai, sempat lagi tengok cerita chennel express, tengok shah rukh khan bertumbuk dengan lelaki yang lebih besar dari dia. Dan dia menang. Hebat shah rukh khan. Lelaki tu cakap..

"Walaupun kamu punya badan yang kecil, tapi kamu punya hati yang besar"

Lepas dah habis, kami balik ikut jalan arau. Lepas turun fly over arau, ponggg!!! Kereta terjun lubang. Kawan aku cakap "ni tayar ke sport rim saja? Rasa keras macam sport rim jee" kami gelak je. Jalan lagi beberapa meter rasa kereta macam dah terhuyung hayang. Berhenti tepi jalan rupanya tayar dah pecah. Cek tayar rupanya dah teruk sangat dah tayarnya. Sampai kan urat urat besi dekat tayar pon dah terkeluar. Jangan tanya bab bunga pada tayar lah. Konfem dah macam kepala haris iskandar. #MaafHarisIskandar. 

Lepas tu kami pon tercengang la tak tahu nak buat apa. Mana pandai nak tukar tayar oooiii. Lepas tu call kawan lelaki suruh tolong. Nak tunggu diorang datang tu tak tahu la lama mana. Dengan mat rempit duk pandang pandang. Lalu je pandang. Seram betul. Masa tu jam 1 pagi dh. Semua perempuan kot. 

Lepas dorang datang, berusaha lah depa menukar tayar. Punya lah susah nak bukak nut dia. Sampai terloncat loncat, pijak pijak, pon susah nak bukak. Tapi akhirnya berjaya jugak tukar tayar kereta tu. Bila dah tukar rasa lawak pulak. Tayar spare tu macam tayar kereta sorong. Ok over, baru tahu. Selama tak pernah ambil tahu. Lepas dah selesai, baru lah boleh balik. Esok nya pergi tukar kereta baru. Tu pon kena berleter kat kakak kereta sewa. Hello, sye cakap elok elok ok. Dan akak dah bahaya kan nyawa orang lain. Rase lah bersalah sikit. 

Ni lah masalah kereta sewa. Langsung tak fikir keselamatan pengguna. Servis memang tak lah, tapi basuh rajin. Sebab nak suruh nampak macam baru kan. Sebenarnya tak semua macam ni. Mungkin kerap berlaku kepada pelajar universiti sebab kereta sewa ni macam goreng pisang panas. Sekejap je habis. Lebih lebih lagi bila hujung minggu. Masa ni kereta sewa banyak keluar masuk, lepas orang hantar, tak servis dulu, terus bagi kunci dekat penyewa seterusnya. Harap nya yang bagi sewa tu boleh lebih berhati hati sebab ini menyebabkan nyawa manusia. Nyawa tak boleh dibeli. Jangan buat main main pulak. 

You Might Also Like

7 comments

  1. amboi.. sampai bunga tayar pun licin.. bahaya tu.. nasib x de pape.. kita yang baca ni pun ikut cuak sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. terbayang kalau kereta tengah laju masa tu. memang excident lah .

      Delete
  2. uish dasyat.. bahaya juga at the same time..
    hati2..

    ReplyDelete
  3. bahaya nya tayar pecah camnie...nasib baik xde ape berlaku...

    ReplyDelete
  4. bahaya betul tayar botak camni.. sepatutnya tayar kereta tu kne selalu check. sebab kalau bawak laju, mmg terbabas..

    ReplyDelete
  5. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net