Followers

Sireh Daun Kaduk atau Mieng Kum

Ini lah kali pertama aku tahu makanan kesihatan macam ni. Sebelum ni aku cuma tahu daun kaduk letak dalam masakan seperti siput sedut masak ...

Ini lah kali pertama aku tahu makanan kesihatan macam ni. Sebelum ni aku cuma tahu daun kaduk letak dalam masakan seperti siput sedut masak lemak. Itu pon aku selalu tanak bagi ma letakkan daun kaduk ni. Sebab bagi aku daun daun hijau ni semua tak sedap.

Aku stay rumah kawan aku dan mak dia lah yang kenalkan aku dengan makanan macam ni. Pertama kalu tengok ingat kan rojak apa sebab dia packing dalam bekas polisterin. Masa mula mula tengok memang melopong je la. Lepas mak kawan aku explain pasal khasiat dia barulah macam semangat sikit nak rasa.

Ni adalah segala bahan yang ada. Ada daun kaduk, madu, kelapa, cili, halia, limau, bawang. Tengok bahan bahan ni pon dah pikir dua tiga kali nak makan, tapi sebab nak cuba, aku gagahkan jugak. lagipon mak kawan aku cakap, tak mati kalau makan sayur.

Ni kesemua barang yang perlu diisi dan jadikan dia macam sireh yang nenek kita makan tu. Campur semua dan kunyah. 


Buat lah daun kaduk ni berbentuk kon supaya senang kita nak isi bahan bahan dia kat dalam. Terpulang lah kalau nak isi penuh ke tak penuh. Ikut selera masing masing.


Ni gambar dari tiffinbiru.com atau dari mat gebu. Tengok yang ni lebih berwarna warni. Mungkin sebab cili yang bewarna merah dan dia pakai sambal kicap. Aku makan pakai madu.

Ini video semasa kami sedang gigh mencuba dan makan sireh kaduk ni. menangis aku sebab cili tu pedas sangat. Hasilnya, SEDAP dan NAK CUBA LAGI. tak caye? tengok video tu .

You Might Also Like

2 comments

  1. Memang tak boleh makan sireh. Hahah

    ReplyDelete
  2. daun kadok tu ada aroma dia sikit kan leyla, tak pernah cuba lagi makan camni :)

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net