BILA ORANG TUA BERSEMBANG

Hari ni aku ada task dari ma ayah aku. Enak enak aku tidur dibuai mimpi, dikejutnya pepagi hari suruh hantar nenek aku ke klinik. Merempit l...

Hari ni aku ada task dari ma ayah aku. Enak enak aku tidur dibuai mimpi, dikejutnya pepagi hari suruh hantar nenek aku ke klinik. Merempit lah nenek aku pagi ni. Task ppn konfem dapat upah. Nenek aku biasa bagi RM10 kalau hantar dia pi klinik. Kalau dulu dah cukup nak isi top up. Tapi zaman sekarang RM 30 baru cukup sebab nak renew data intenet. Tapi aku bersyukur dah dapat 10 hinggit. Berisi la jugak purse aku daripada kosong. Eh, sebenarnya aku ikhlas hantar nenek pi klinik. Tapi nenek yang nak bagi kan. Ambil je laaa.

Dah sampai klinik, tengah duk tunggu queue tu, depa sembang la sama sama depa. Tanya. Sakit apa yang ada. Macam biasa lah sakit tua, darah tinggi, kencing manis (nenek aku tak de ) dan macam macam lah. Tanya umur, alhamdulillah nenek aku 83 tahun tapi masih gagah merempit bersama aku. Lepas tu depa sembang

Nenek di klinik

Nenek 1 : dah ada cicit ke ?
Nenek 2 : eshh dah ramai dahh.
Nenek 1 : ramai la kan, kalau anak ramai cucu pon ramai lah.
Nenek 2 : tak de lah. Anak ada 2 je.
Nenek 1 : ooow, saye anak ada 10, cucu ada 50, cicit dah 30. Saya kira semua tuu.
Nurse : ooowh, dia duk kira harta dia dahhh.
Nenek 1 : ye lah. Duk kite harta, harta emas tak leh kira, nanti orang curi. Kite kira harta hak ni laa.

Mak kau cucu ada 50. Ramai baq ang. Ni kalau raya ni memang penuh satu rumah la ni. Seronok kalau tine balik raya. Nak nak kalau semua dah berjaya. Balik bawak kereta masing masing. Kongsi kongsi duit nasak banyak banyak. Kan bermakna hari raya kalau macam ni. Tak menyusahkan mak ayah nak sedia kan makanan. Balik menggembirakan hati mak ayah.

Hope satu hari bile aku dah besar. Aku pun mampu mengembirakan kedua ibu bapa dan nenek nenek dengan cucu cucu yang bijak dan comel. Hahaha. Tapi satu hari tu lambat lagi la nohh. Bai.

You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net