Burger ramly vs burger mcd

Ini bukan entry untuk bash burger mana yang tak sedap ataupun sedap. Tajuk hanya penambah perasa kepada entry burger ni. Sebelum ni aku cuma...

Ini bukan entry untuk bash burger mana yang tak sedap ataupun sedap. Tajuk hanya penambah perasa kepada entry burger ni. Sebelum ni aku cuma tengok orang duk post pasal burger ramly ni. Sebenarnya dah lama kiosk burger ramly ni buka. Cuma aku yang belum berkesempatan nak rasa burger 100% dari produk ramly dan juga produk buatan Malaysia. Dulu beria nak boikot Mcd kan ? So inilah masa nya kita boikot buatan israel dan majukan produk dari Malaysia sendiri.


Baru baru ni kawan aku nak sangat makan burger ni. Dalam perjalanan balik dari penang ke perlis, berhenti lah dekat RnR gurun untuk solat asar dan tunggu waktu maghrib sekali. Dia yang drive, kami ikut jaa. Lepas dah selesai semua urusan solat. Kami pon singgah lah dekat kiosk burger ramly ni. "Pastikan ramly  barulah beli" gitu kauuu. 

Susun atur meja sangat exclusive bagi aku. Cantik. Lupa nak snap gambar kedai. Excited sangat nak rasa burger nya. Dekat kedai tu ada jual produk Ramly jugak kat dalam freezer. Harga burger Ramly lebih murah berbanding burger Mcd.


 grilled beef combo set 
RM 6.04
Soft drink 100 plus 
RM 2.12
Add on cheese 
RM 1.06
Total : 9.20 + gst tax

Bagi aku burger dia lagi sedap, roti lembut. Kalau nak tambah cheese kena add on la. Cheese dia sekeping. Bukan macam burger jalanan yang letak separuh je cheese. Tapi ok lah burger jalanan pon sedap. Tapi kalau burger highway, kirim salam lah. Fries burger ramly ni best sebab fries dia gemuk gemuk. Daging grill dia pon best. Betul aku tak tipu. Puas hati lah.

Burger Ramly

Tengok ! Sampai habis licin aku makan. Bukan aku makan 2 taw. Tu kawan aku punya 1. Kiosk Burger Ramly bukan sahaja ada burger, tapi ada western food jugak. Ada lamb chop and fish and chip. Ada sate jugak. Tapi masa ni aku lebih berminat nak makan burger je. 

  
"Pastikan Ramly, baru lah beli" 

Peace yoo ! Lepas ni boleh try burger Ramly ye adik kakak.




You Might Also Like

3 comments

  1. Sedapnye nampak, mesti rege die naikkan pas Cukai GST x) huhu najib ohh najib

    ReplyDelete
  2. bole cuba ni..nanti balik nilai, nak try la =)

    ReplyDelete
  3. hehehe nanti nak try la.. kat rnr Bukit Merah tu lama dah bukak.. lalu bnyk kali..
    singgah tak pernah hehe..

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net