MOP LANTAI DENGAN MUDAH DAN EFFICIENT

Ini bukan 1 entry promote mahupun review berbayar mahupun tak berbayar. Aku saja je kongsi cara kepada housewife sekalian yang penat duk mo...

Ini bukan 1 entry promote mahupun review berbayar mahupun tak berbayar. Aku saja je kongsi cara kepada housewife sekalian yang penat duk mop lantai pakai mop kayu rambut putih tu. Bagi aku sangat susah part nak perah perah rambut dia tu. Biasanya orang perah pakai baldi dia kan. Tapi rumah aku tak ada baldi tu, jadi susah ak nak kena pijak pijak dan perah setiap kali nak cuci rambut dia. Kalah cuci rambut kat saloon tahu.
Lepas aku cuba cara ni, aku rasa perlu kongsi dekat blog sebab senang untuk house manager sekalian mop lantai setiap hari. 

CARA MOP LANTAI DENGAN MUDAH DAN EFFICIENT

Pada mulanya ma aku beli benda ni sebagai penyapu. Penyapu macam dekat mall tu. Sebab kadang kadang bila time menyapu dia berangin dan menyebabkan habuk tu terbang balik masuk dalam rumah. Lepas tu, tengok dekat mall tu depa guna pakai air jugak untuk mop bahagian basah kan. So aku try la dekat rumah pulak. 

Mop nya jenis macam ni. Aku tak tahu lah jenama apa. Ma beli dekat mydin mall je rasanya. Harga tak pasti, tapi tak ada la sampai 50 hinggit. Mungkin belasan ringgit sahaja.

Mop lantai mudah

Pakai mop macam ni la yang aku cakap. Lebih ringan, mudah kering dan tak perlu lantai tu.basah sangat. Sekali mop je dah berkilat lantai tu.

Mop lantai mudah

Ada je anak anak bulus yang nak mop lantai sekali. Suka beno dia main skating kat atas lantai ni. Mentang mentang la lantai licin. Berlari sana sini la dorang.

Yang best nya mop ni, dia boleh pusing 360 darjah. Dan boleh mop tempat rendah dan tinggi. Kalau kita hulur masuk bawah kerusi pon permukaan mop tetap sama macam yang atas tadi. Lagi satu mop ni boleh masuk tempat tempat sempit macam gambar kat bawah ni.

Fleksible mop
See !!

Mop lantai
Ops ! Ada kaki kakak bulus kat bawah tuu.

Bila time nak bilas lagi senang. Tak payah habis kan tenaga nak perah mop rambut putih tuu. Penat kot. Lagi satu mop rambut putih tu tebal, belom tentu sekali bilas dah bersih kan. Kalau pakai mop macam ni senang je. Sebab kain dia kita boleh bukak dah Basuh. Nak sental pakai berus pon senang. 

Mop lantai

Mop lantai cara mudah

Tengok, boleh perah macam tu je. Tak perlu nak keluarkan kudrat banyak banyak untuk perah mop kasi kering. Boleh terus bilas lantai korang tu. 

Ok dah siap pon kerja kerja mengemop lantai. Simple dan mudah kan. Paling penting rak penat. Mop ni pon boleh mop cermin sliding door dan cermin tingkap kat rumah. Sebab dia fleksibel. Lepas tu kita serahkan kepada anak anak bulus mop lantai pulak. 
Mop lantai






You Might Also Like

3 comments

  1. saya pakai yang pusing2 tu...

    ReplyDelete
  2. dulu pakai. tensen dgn rambut je yg kadang2 masa vacuum, x sedut abeh. jumpa masa mop. pastu tensen. hahahaha

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net