OFFICIALLY YOUNG OFFICER

Dah lame nak update sambungan entry www.aswaleyla.com/2015/08/road-to-be-young-lieutenant-lt-m.html    tapi tak berfungsi pulak otak ni na...

Dah lame nak update sambungan entry www.aswaleyla.com/2015/08/road-to-be-young-lieutenant-lt-m.html   tapi tak berfungsi pulak otak ni nak pikir ayat. Rasa macam sel sel otak aku kurang berhubung. Jadi macam blur blur gitu. Tapi ku gagahkan jua untuk hasilkan entry ni.

Satu pengalaman yang orang cakap sangat berharga dalam hidup aku. Penat lelah selama 3 tahun terbayar dengan satu pentauliahan diraja dengan berbekalkan ilmu ilmu yang diajar dalam tentera. Mungkin bila orang tengok, orang akan cakap, "tak pe la, kau kuat, boleh lah join askar askar ni " sebenarnya tak pun. Aku tak kuat pun. Suruh angkat benda berat sumpah tak lepas. Tapi macam mana aku lalui semua tu, aku pon tak tahu. Apa yang aku boleh cakap, semua tu hanyalah ujian untuk mental kita. Kalau mental kau kata tak kuat, jadi kau akan lemah. Kalau mental kau cakap kau boleh, jadi kau akan kuat.

Ini cerita berkisarkan 15 hari aku kena lanyak dekat padang kawad je. Yang 3 tahun ke belakang, aku cerita bila ada masa lapang nanti lah. Hari pertama semua datang dengan muka putih berseri. Almaklumlah lepas habis diploma, semua duk terperuk dalam rumah je. Raya pulak tu. Semua nak berlawa je. Hari hari seterusnya muka dah jadi merah. Hari kedua muka masih lawa, merah merah jambu gitu sebab kena panas. Hari ke tiga, dah merah mak ngah dah muka kau. Bangun tido hari ke empat kelima, muka kau dah jadi hitam kemerahan. Hari keenam, muka kau dah jadi hitan sehitam nya. Masa tu redha je la dengan muka. Apa nak jadi. Jadi lah.


Dipadang kawad, masa ni mental aku diuji. Dengan panas yang amat, dengan senjata yang berat, dengan kaki yang melecet, dengan betis yang bengkak, kena kawad pusing padang kawad. Pusingan pertama masih bersemangat, tiba tiba jurulatih bising, cakap tak sama, tak padat. Lagi satu round ! boleh terima lagi. Dah habis round ke 2 , sape suruh kau berhenti ?! Round ke 3 !! Masa tu mental aku dah down. aku mula rasa nak maki orang. aku mula rasa nak tak nak je angkat tangan, mula rasa nak tak nak je angkat kaki. Tapi selagi  tunjuk kau punya bebal. Round ke 4 ! Mase tu aku mula rasa nak menitiskan air mata. Hahaha. Masa tu aku boleh tengok sejauh mana mental aku boleh bertahan. Tujuan dia buat macam tu bukan untuk mendera, tapi nak uji sekuat mana mental aku boleh tahan. Tapi alhamdulillah, sepanjang 15 hari, aku tak pernah pengsan, tak pernah tukar orang untuk ganti aku kawad. Walaupun kaki dah tak boleh bengkok masa tu, aku tahan je . Berjaya jugak habiskan 15 hari tu.


Masa ni kau akan mental dengan kawan kau sendiri. Bila tak sama, tak seragam, marah dekat kawan hujung sana. Betulkan kawan hujung sini. Sebenarnya semua tu tak perlu wujud. Apa yang salah adalah sikap individu tu. Kalau kau buat cantik macam mana pon, kalau ada antara korang yang malas, tetap nampak tak cantik. Kalau antara kamu semuanya dah buat cantik, tapi ipt lain yang tak cantik, tetap akan nampak tak cantik. Pentingnya kat sini ada sikap diri.kuta sendiri. Sebab kita malas, kawan kawan kita yang lain dapat susah.  Ni lah yang diajar dalam palapes sejak hari pertama aku join palapes. Kalau kau lambat, kau takkan didenda, tapi kau akan tengok kawan kawan kau didrnda sebab kelambatan kau. Masa tu kau akan mula rasa bersalah dekat kawan kawan kau. Sebab kau sorang. Ramai yang dapat susah.


Tapi hasil dari sabar, penat lelah yang dilalui selama 15 hari, aku ditauliahkan sebagai leftenan muda dalam askar simpanan. Semua tu tak penting. Apa yang penting adalah apa yang aku dapat sepanjang aku jalani latihan selama 3 tahun ni. Yang penting adlah apa yang aku boleh ambil dan praktik kan dalam kehidupan sebagai orang awam. Aku tak ada lah sampai nak jadi askar kan. Cuma ingisi apa yang perlu kat dalam jati diri kita. Tak gitu ?


You Might Also Like

4 comments

  1. kalau akak memang tarik diri dah tu..nampak sgt akk tak kuat kan....tahniah Lela

    ReplyDelete
  2. Tahniah Leyla, seorang gadis manis yang berjiwa kental.. :)

    ReplyDelete
  3. Tula..Along da cakap da..banyakkan minum susu kambing..kan tak memasal muka jadi hitam sehitamnya..ahha..

    ReplyDelete
  4. uish gempak lah.. akak kenot la benda2 cemni.. hehehe..

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net