PENGAMBILAN LATIHAN KEMAHIRAN SESI OKTOBER 2015

PENGAMBILAN LATIHAN KEMAHIRAN SESI OKTOBER 2015 Sejak kebelakangan ni aku banyak duk usha laman web mengenai kursus sijil masa pendek m...

PENGAMBILAN LATIHAN KEMAHIRAN SESI OKTOBER 2015


PENGAMBILAN LATIHAN KEMAHIRAN SESI OKTOBER 2015

Sejak kebelakangan ni aku banyak duk usha laman web mengenai kursus sijil masa pendek macam ni. Sebab nya aku confius nak sambung degree ataupun tak. Aku ada mintak pandangan senior senior aku. Ada yang cakap lebih baik ambil sijil macam ni. Sebab ? Nanti aku cerita kan. Dalam masa yang ada ni aku perlu fikir dan buat keputusan yang tetap supaya aku tak menyesal di masa hadapan. Sebab masing masing ada kelebihan dan kekurangan masing masing tetapi tetap menuju ke arah yang sama. 


Sebab apa kena ambil sijil ni ? Apa penting nya sijil kemahiran ni ? 


Dari apa yang aku paham daripada penerangan senior aku, dia lebih kepada kerja kerja kemahiran yang memerlukan skill dan sijil yang diluluskan. Kedudukan dalam sektor pekerjaan adalah sebagai seorang technician (kalau ada sijil diploma) ataupun boleh sampai kepada specialist technician. Sijil ni sangat penting untuk meluluskan diri kita untuk melakukan kerja kerja tersebut. Bila kita ada skill, mestilah boss akan percaya kan ?

Gaji ? Tak semestinya kau kena ada degree master baru kau dapat gaji besar. A very BIG NO aku cakap. Sebab gaji kau akan ditentukan mengikut skill yang kau ada. Lagi banyak sijil kau ada. Lagi bagus skill kau ada. Lagi tinggi gaji yang kau boleh demand dengan boss. Kau boleh mintak je berapa gaji kau nak sebab kau ad skill. Tapi jangan la melampau. Sebab walaupun kau banyak skill tapi kau tak ada pengalaman,  tak guna jugak kan . sebab dalam industri sangat mementingkan skill dan pengalaman kerja. 

Sijil ni ada banyak katogeri dan banyak cabang. Tak semestinya kau kena ambil sijil baiki kereta, baiki paip, baiki tiang letrik bagai. Boleh ambil sijil bahagian safety, bahagian instrument, bahagian lab, bahagian elektrik, elektronik,pembuatan, proses dan sebagainya. Banyak lagi cabang yang boleh diceburi dalam industri tak semestinya kena belajar sampai ke degree atau ke master. 

Tetapi ....

Bila fikir balik, aku ni perempuan. Walaupun aku macam nak ambil jalan ni, aku kena fikir dalam banyak aspek. Kerja kerja yang best bila ambil sijil ni semua menjurus kepada lelaki. Yang aku nampak bila ambik sijil welding, gaji masyukk owww. Bukan kau kena welding rim basikal, tapi kau cuma pergi perikSa hasil welding dekat kapal ataw mesin atau sebagainya. Tapi takkan perempuan nak pergi ambil sijil welding kan ? Boleh. Ya tak mustahil, tapi kita kena tengok jugak keupayaan kerja seorang perempuan dan lelaki. Kalau ambil sijil sampai ke tahap kau boleh jadi gas tester, nak ke orang atasan bagi perempuan buat kerja macam tu ? Mestilah dia akan utamakan lelaki lagi . 

Lagi satu, perempuan ni dia banyak tanggungjawab dekat rumah pulak lepas kahwin. Bukan aku nak kawin awal, tapi nak tak nak, lambat ke awal, kahwin jugak kan ? Takkan da ada anak, dah ada family, kau nak buat o.t jugak. Kau nak kerja on call jugak. Kau nak keja ikut shift jugak. Anak kau biar terbengkalai. Memang ada orang perempuan kerja macam tu. Tapi aku nak jugak spent masa dengan family di hari hari tua nanti.

Jadi kepada lelaki.....

Yang tak bekerja atau tengah tunggu panggilan kerja tapi dah 2 3 tAhun tak dapat dapat jugak tu. Boleh lah ambil sijil ni untuk tambah skill. Mana tahu rezeki lepas ada banyak skill . Bila banyak skill senang la nak mintak kerja dalam industri. Tak perlu pon diploma degree semua. Ada SPM je pon boleh ambil sijil ni. Kalau ada sijil ni lebih cerah peluang nak masuk dalam industri oil and gas . in shaa Allah kalau ada reseki kan. Kita cuma perlu berusaha. Lebih baik dari merempit dan melepak dengan kawan kawan. 

Banyak peluang untuk lelaki ceburi. Kadang kadang aku cemburu. Sebab aku pon nak ada peluang macam tu. Tapi kita kena sedar jugak batas perempuan takkan lebih dari lelaki walaupun zaman sekarang perempuan dah sama taraf dengan lelaki. 
See .. Banyak pulak aku membebel. Tujuan sebenarnya cuma nak bagitau PENGAMBILAN LATIHAN KEMAHIRAN SESI OKTOBER 2015 kini dibuka ! Hehehe. Maaf banyak membebel. Kalau ada salah statement dalam ni boleh tegur dan bagi pandangan anda sebab saye juga kurang arif. Aku cuma sampaikan apa yang aku paham dari penerangan senior aku. 


You Might Also Like

5 comments

ShopLinks

babab.net