APA BEZA ANTARA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DAN KEJURUTERAAN

Assalamualaikum. ok, kali ni aku nak sembang pasal education sikit. Memandangkan aku dah mula kuliah, aku dah mula masuk belajar, jadi pe...


Assalamualaikum. ok, kali ni aku nak sembang pasal education sikit. Memandangkan aku dah mula kuliah, aku dah mula masuk belajar, jadi pelajar dan aku mula memahami apa itu kejuruteraan teknologi. Pada mula nya, aku minta kursus lain. Aku mintak kursus pure engineering, maknanya bukan kejuruteraan teknologi. Dalam masa yang sama aku minat dekat kos product development ni. Tapi bila minak pendapat orang ramai, mintak pendapat en google nampaknya tidak menyebelahi teknologi kejuruteraan. Lepas tu aku ambik keputusan muktamad untuk apply kos pure engineering iaitu mechanical engineering.

Disebabkan ramai pelajar yang tahu market mechanical engineering sangat tinggi di dalam industri, makanya ramai yang memohon kos tersebut. Jadi, nasib malang kepada aku yang pointer cukup cukup makan ni. Bila dapat surat tawaran, aku dapat kos teknologi kejuruteraan mekanikal pembangunan produk atau lebih faham sikit, iaitu produk development. I'm be like wooo ! apa yang aku nak aku dapat walaupun aku tak mintak kos ni. Lepas tu aku tanam satu perasaan yang aku percaya ini mungkin rezeki aku. Sebab tu aku ada kat sini.

Dan. Perbezaan antara kejuruteraan teknologi dengan pure engineeing banyak. Bila tanya orang luar, jawapan yang pertama orang akan cakap tentang kejuruteraan teknologi ni adalah ..

Kejuruteraan teknologi tak diiktiraf 

Untuk pengetahuan semua fakulti kejuruteraan teknologi kejuruteraan UniMAP telah mendapat kelayakan oleh (Board of Engineer Malaysia) BEM dan OSHEM. Berbanding dengan kos pure engineering cuma mendapat kelayakan oleh BEM sahaja. 

Kejuruteraan Teknologi  tak boleh digelar ENGINEER

Siapa cakap tak boleh ? boleh. Cuba korang research sedalam dalam nya dahulu. Jangan tengok dekat Malaysia, cuba search engineering technology di luar negara. Berlambak lambak engineer dari kejuruteraan teknologi. Sebab negara luar negara yang maju, negara yang maju memerlukan tenaga kerja yang produktif, semua kena tahu pasal syarikat, semua kena tahu macam mana produk terhasil dari A sampai Z. Kalau engineer denkat Malaysia ni tahu teori je, sekali suruh baiki mesin, tengok apa apa kerosakan sumpah tak tahu. Yang tahu nya buat report submit report je. Kalau macam tu baik ambil kos admin, boleh lah belajar buat report. 

Kejuruteraan teknologi tak akan dapat pangkat I.R

Berkenaan dengan pangkat I.R, letak tepi je lah kamu punya pangkat, pangkat tu untuk apa kalau kerja satu pun kamu tak tahu buat. Buat apa nak pegang pangkat I.R ? kenapa tak simpan impian nak jadi manager? lagi tinggi pangkatnya tu. 

Perbezaan dari segi silibus pembelajaran

YA, sangat lain sebab kejuruteraan teknologi banyak kerja hands on berbanding teori. ENgineering nak buat apa teori ? kau duduk dalam kelas main handphone lepas tu balik kelas kau tidur, bila dah minggu study, kau belajar bagai nak rak, hafal semua yang ada dalam buku lepas tu jawab final exam. Dah habis final exam, terus kau format otak kau dan lupa apa yang kau belajar. Aku berani bet dengan korang kalau korang bukan macam ni. 

Jadi jangan sesekali menyesal kalau dapat kejuruteraan teknologi malah korang perlu lagi bersyukur tau. Untuk pengetahuan semua, UniMAP satu satu nya universiti yang menawarkan kos product development mechanical engineering technology yang menggabungkan antara designer dan engineer untuk menghasilkan DESIGNEER. Bab designeer aku cerita masa akan datang pulak. takut pening campur satu entry. sekian. harap membantu mana mana yang tengah konfius dengan kejuruteraan teknologi.

You Might Also Like

30 comments

  1. selamat menjadi IR Lela ye....

    wayneharraz.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih abe we. in shaa Allah. doa doakan ye .

      Delete
  2. All the best Lela...semoga impian jadi kenyataan

    ReplyDelete
  3. woww..!! akak pun ingat sama je dua bidang ni.. hehehehe..
    nice sharing leyla.. :)

    p/s : akak selalu rasa bebudak yg ambik mekanikal ni bebudak power... so, best of luck leyla.. #kipidap #ukendooit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHEHE. lain kak. tapi kami tak ada lah power k.ain

      Delete
  4. Nak tnye sikit..maksud nyer dari segi silibus engineering teknologi more easy than pure engineering?..cm tu eah?..😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyee. engineering tech lagi senang berbanding pure engineering sebab depa belajar teori.kalau engineering tech serius banyak hands on.lebih rileks, cuma banyak projek la sikit.

      Delete
  5. Tpi projek mg bley settle la kan?..hahaa..sory klu bnyak tnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. projek simple2 jee. buat same dengan classmate. takpe, tanye je. kalau nak senang nnti pm dekat fb boleh. fb : aswa leyla. takot sini ssh sikit kan nak balas2 komen.

      Delete
  6. Wuhuuu...nice entry leyla. Semoga berjaya menggapai cita2. Jange lupe pada saen lama bila dah berjaya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak dah. kak dah ni cik midah ke?

      Delete
  7. assalammualaikum jdnya teknologi kejuteraan ni boleh jd engineer atau konsultan ke? sbb ramai yg kata tk bleh risau jgk bila dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je nak jadi engineer. nak jaddi teknologies pon boleh. kalau kat luar negara, teknology engineering lagi orang nak pakai berbanding engineering pure

      Delete
  8. Em, jadinya klau eng tech boleh digelar sbgai engineer tak? sbbnya bukan ke bem tak iktiraf eng technology. And bila tak iktiraf so tak boleh daftar as a engineer yang bertauliah right ? Mohon bagi pencerahan. Thnks πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jaa. yg bem tak iktiraf cuma dalam sektor kerajaan. tapi boleh jugak nak jadi engineer kerajaan, cuma kena amik paper lebih laa.
      tapi engineer dalam kerajaan tak banyak. engineer totally mmg akan kerja dengan kerajaan, kalau rezeki murah, diploma pon boleh sampai jadi engineer. rezeki ada di mana mana

      Delete
  9. hari ni aku baru jmpe kau punya blog leylaa woi . macam tahu je aku tgh pening nk differentiate between due nie . hahahha .

    ReplyDelete
  10. lupa pulak . ni sue .

    ReplyDelete
  11. kalau ambik eng tech n then sambung master...still ade beza dgn pure eng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang pasti la. tapi atas rezeki masing2. stahu saya kalau sambung master dah masuk ke educate engineering means jadi lecturer. so dah jadi tak ada beza la kan?

      Delete
  12. Nice oneπŸ‘ jangan terpengaruh orang cakap pure engineering lagi bagus or engineering technology tak laku. The truth is technology engineering one of famous career field kat luar Malaysia. And as we speak, theres a lambakan penganggur pure engineer outhere. Kalau kita cemerlang mana mana company nak hire right, so jangan risau. Malaysia bukan negara manufacturing that's why peluang kerja untuk bidang ni takde sangat but within ten years who knows? Rezeki ditangan Allah. All the best for your future✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh yeyyy ada org sokong kite. tapi ap yg akak cakp tu semua betul. stuju sngt.

      Delete
  13. baik masuk program yang memang tentu kepakarannya terjamin mcm chargeman, machinist mcm di ILP , IKBN atau sbg nya...

    ReplyDelete
  14. Mmg unimap je ke yg ade kos tek. kej. sbb saya ade cari kat uni lain mcm xde je? Yg ipta punya la

    ReplyDelete
  15. PADA PANDANGAN SAYA YANG DH HAMPIR 30 TAHUN DALAM BIDANG TEKNOLOGI NI,KITA BELAJAR MNA YANG KITA MINAT DAN PEKERJAAN INSYALLAH ADA. REZEKI TU ALLAH PUNYA,YG PENTING JANGAN LUPA KEPADA ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen. in syaa Allah. betul tu rezeki Allah punya. di tahap mana pun kita, kalau dah rezeki kita, in syaa ALLAH

      Delete

ShopLinks

babab.net