Followers

CARA RAWAT DEMAM ORANG BUJANG

Disebabkan aku ni bujang anak dara trantangtang lagi, tambah pulak duduk jauh dari keluarga, jadinya sakit demam semua seorang diri. Ta...


Disebabkan aku ni bujang anak dara trantangtang lagi, tambah pulak duduk jauh dari keluarga, jadinya sakit demam semua seorang diri. Tak ada siapa yang nak tolong tuam kain basah atas kepala kau, Tak ada siapa nak membebel kalau kau taknak makan ubat. 

Jadi terpaksa lah kau ada kesedaran diri sendiri untuk cari ubat, cari makanan untuk alas perut, cari coolfever untuk tampal atas dahi. Alhamdulillah aku ada kawan yang tolong beli makanan, beli ubat, beli coolfever semua tu. Hari pertama aku cuba mampu bangun tidur bangun tidur je lah. Hari kedua baru terfikir nak beli coolfever sebab dah tak tahan sangat panas kat badan ni. Rupa nya benda ni memang berkesan, Pakai sekeping je pun dah kurang suhu badan. Dah makin sejuk badan aku ni. Malam esok nya pakai lagi satu, bukan sebab masih panas, tapi untuk hilangkan semua haba yang berbaki lagi tu. 

Lepas dah rasa ok sikit, keluarlah berjalan jalan. Panas tak apa, berpeluh tak apa, biarkan berpeluh supaya cepat sihat. Esoknya konfem dah tak rasa demam dah. Ubat jangan degil sangat nak makan, telan je. Gagahkan jugak telan ubat tu. Kadang kadang ubat ni penting untuk cepatkan kita pulih. Aku sempat lagi mimpi makan ubat, lepas tu ubat yang aku makan tu keluar balik sebijik sebijik. Banyak pulak tu. Dalam satu genggam jugak lah keluar dari mulut aku. seram pulak rasanya. Sampai macam tu sekali mimpi nya. Takut sangat ke aku dekat ubat? Aku rasa biasa biasa je. Boleh je aku nak telan.

Untuk siapa yang demam boleh lah try ni. Duk jauh dari mak ayah ni tak boleh manja manja sangat taw. Cuaca sekarang ni tak menentu. Nak nak dengan jerebu yang teruk ni. Banyak kan minum air kosong yang dimasak, bukan air paip ye. Kurangkan keluar kalau kawasan korang banyak jerebu. ok, stay sihat ye semua !

You Might Also Like

3 comments

  1. tq for this sharing!!! yayac dah follow sini....mohon follow blog & komen murni di entry yaya

    http://www.yayacendana.com/2015/09/resepi-yayac-agar-agar-tembikai.html

    tq.... :)

    ReplyDelete
  2. paling mujarab cuba cari teman istimewa :)

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net