Followers

I WISH YOUR DADDY IS MY HUSBAND

Tertengok satu status di laman sosial yang membuatkan aku rasa sedih dan tersentuh dengan kata kata dia. Seperti yang aku tahu, dia ni punya...

Tertengok satu status di laman sosial yang membuatkan aku rasa sedih dan tersentuh dengan kata kata dia. Seperti yang aku tahu, dia ni punya satu kehidupan sosial yang agak serius tetapi aku sedar dia pun punya hati dan perasaan sama macam kita. Aku dapat rasakan kepayahan dia nak tempuhi dunia luar, nak tempuh maki cemuh manusia.

"I WISH YOUR DADDY IS MY HUSBAND"


Ramai mana orang kat luar sana yang melahirkan anak tanpa seorang ayah dan seorang suami disisi. Kita tak boleh tuding jari ke mana mana pihak, sebab lagi 4 jari akan menuding ke arah kita. Bukan itu yang dipinta oleh seorang wanita, tapi disebabkan tersalah langkah, semua hancur, kehidupan sebagai seorang manusia normal terus berubah sebab pandangan masyarakat yang jijik. Disebabkan cinta dan janji manis lelaki, semua nya hitam. Salah lelaki ke ? Atau salah kedua belah pihak ?
Berhak ke kita nak cakap dia tiada agama sedangkan yang beragama pun terjebak dalam masalah yang sama ? Remaja bawah umur ke yang selalu terlibat dengan gejala macam ni? sedangkan yang sudah berkahwin pun buat benda yang sama.



Tetapi perlukah kita membuat kesalahan yang kedua dengan melepaskan tanggungjawab yang tergalas diatas bahu. Biarkan wanita yang lemah mengharungi semua cemuhan seorang diri. Sedangkan si lelaki masih boleh hidup bebas seperti orang lain diatas penyeksaan orang lain. Kenapa biarkan wanita membawa anak yang dikandung 9 bulan dan melahirkan anak si lelaki tanpa dia disisi. Syukur wanita masih kuat untuk melahirkan baka si lelaki ke dunia sedangkan si lelaki masih bermaharajalela diluar sana. Syukur fikiran wanita masih waras untuk melahirkan bayi tersebut daripada membunuh bayi tersebut dengan cara gugurkan kandungan tu. Berapa ramai yang sanggup membesarkan anak tersebut dan berapa ramai yang melahirkan tetapi membuang bayi tersebut.

Dengan senyuman, wanita melahirkan anak nya tanpa suami, menyambut anaknya ke muka bumi Allah ini, membelai dengan penuh kasih sayang. Terus lupakan siapa si ayah. Berazam membesarkan anak dengan penuh kasih sayang.
Dengan senyuman wanita menyusun ayat bila suatu hari si anak bertanya, "kenapa orang lain ada ayah ? mana ayah abang?"

Sebab itu lah perempuan perlu ingat dengan batasan batasan pergaulan. Fikir panjang sikit, jangan fikir terlalu singkat dalam membuat sesuatu keputusan walaupun keputusan tu menyeronokkan, tapi fikirlah, seronok ke di masa hadapan. Belajar dari sebuah kesilapan, jangan diulang, diulang dan terus diulang.

You Might Also Like

2 comments

ShopLinks

babab.net