Jangan terlalu terikat dengan ayat cinta

Kata kata cinta  kata kata cinta ni banyak terpampang sana sini. Bukan facebook belambak yang share, buka twitter ramai yang tweet dan re...

Kata kata cinta 

kata kata cinta ni banyak terpampang sana sini. Bukan facebook belambak yang share, buka twitter ramai yang tweet dan retweet, bukak whatsapp pun ramai yang hantar kata kata cinta macam ni. Memang ada betul nya semua yang di kongsi tu, Tapi tak terkecuali yang terlalu taksub dengan kata kata cinta ni. Ada yang terlalu berpegang teguh dengan kata kata ni. Contoh ? macam ni contohnya.


Macam kata kata diatas. Kalau seseorang perempuan yang taksub dengan kata kata tu akan marah dan kecewa bila kekasih hati tak hubungi dalam masa 3 4 jam. Dikatanya tak rindu, dikatanya tak suka, dikatanya ada perempuan lain sebab itu lah boleh menahan rindu padanya. Tapi sedar tak yang mungkin si kekasih hati tu penat, sibuk atau ada kerja yang lebih penting, Bila diberi alasan sibuk, dikatanya menipu, dikata nya dah lupakan dia. Logik tak macam tu ? ada ok orang macam ni. Bukan tak ada ye. 


Kalau macam ni macam mana pulak ? kalau lelaki tak buat perempuan tersenyum dalam sehari, maknanya tak sayang ? tak layak untuk perempuan tu? Jadi lebih baik kamu bercinta dengan joker, tapi rasanya jocker pun tak mampu nak gembirakan hati perempuan setiap hari. Sebab perempuan ni adalah makhluk yang paling pelik, dan setiap orang juga mempunyai perasaan tersendiri. Kenapa nak orang buat kita gembira sedangkan kita tak cuba untuk buat dia tersenyum juga? 


Kalau situasi macam ni pulak ? Yang kita nak, cume kekasih hati ingat dan fikir semua tentang hal kita sahaja. Padahal dia pon ada kerja lain, ada masalah lain, ada kehidupan lain yang perlu difikirkan seperti minat, hobi, mak ayah, pelajaran, kawan dan sebagainya, Jangan lah kita nak mengongkong sedangkan kita boleh berbuat apa sahaja. Hal kongkong mengongkong ni bukan terjadi dekat lelaki sahaja, ada ramai je perempuan yang suka mengongkong lelaki. Bila sudah becinta, hilang kawan kawan hilang keluarga hilang segalanya. Bercinta bukan berkahwin ok. 

Perempuan, 

sepatutnya kena paham pasangan tu jugak ada kehidupan sendiri, ada minat tersendiri, jangan halang kalau tidak mahu si kekasih hati memberontak. Dia bukan milik kamu seenuhnya lagi. Belajar lah berdikari, belajar hidup sendiri nescaya kamu akan punya kehidupan yang menyeronokkan. Bersosial lah dengan kawan kawan. Carilah pengalaman bersama kawan kawan.

"Hanya kawan yang boleh membahagiakan kawanya sendiri"

You Might Also Like

1 comments

ShopLinks

babab.net