Followers

JEREBU DI PERLIS

Baru dua hari lepas aku update pasal  SEMAK STATUS TERKINI INDEKS PENCEMARAN UDARA SECARA ONLINE . Dalam entry tu aku ada cek Perlis punya p...

Baru dua hari lepas aku update pasal SEMAK STATUS TERKINI INDEKS PENCEMARAN UDARA SECARA ONLINE. Dalam entry tu aku ada cek Perlis punya pencemaran udara. Alhamdulillah masih selamat dari jerebu.. Tup tup hari ni aku keluar tengok kat luar kelam. Hairan jugak sebab sebelom ni tak pernah kelam berkabus macam tu kecuali musim sejuk. Ni panas tapi berkabus. Mungkinkah jerebu?

Ada entry aku sebelum ni TENANGNYA PERLIS, aku ada upload gambar dari tingkap bilik aku. Sangat jelas dan boleh nampak lagi bukit bukau belakang tu. Tapi gambar bawah ni aku edit kasi HDR sikit taw.

Gambar 13 Sept (gambar edit)
Gambar 28 Sept

JEREBU DI PERLIS
Gambar 30 Sept

Dua gambar 28 Sept dan 30 Sept tu aku tak edit sikit pon tau. Yang atas je aku edit kasi HDR sikit. Nampak tak perbezaan antara 28 dan 30 tu. Dalam masa 2 hari suasana tu boleh berubah. Semalam aku tak nampak perubahan macam ni. Hari baru nampak jerebu tu.

Aku memang suka ambil gambar dari tingkap bilik aku ni. Banyak gambar aku ambik. Nak kata setiap hari tu tak lah. Bila waktu petang aku bosan, nak turun riadah aku malas. Jadi aku pun bertenggek lah dekat tingkap bilik sambil perhatikan orang duk beriadah kat bawah. Bila aku dah ralit tengok suasana hijua kat depan tu, mula lah ringan tangan nak ambil gambar, Rupanya berguna jugak gambar yang aku ambil ni. Apa apa pun jaga lah kesihatan untuk yang di Perlis dan kawasan yang menghadapi jerebu ni.

You Might Also Like

5 comments

  1. Sama jugak suasana di di P.J.. masih berjerebu..

    ReplyDelete
  2. wahh chantek pemandangan landscape kehijauan di perlis tuuu., huhu2

    ReplyDelete
  3. Jerebu dah sampai ke Perlis. Jaga kesihatan, dan banyakkan minum air masak Lela.

    ReplyDelete
  4. Hai leyla..cantik view sebelum jerebu..jaga kesihatan ya leyla
    Jom terjah  Selfie paling comel | Cabaran7Hari

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net