KENAPA PERLU BERTUKAR KE MAGIC SIM ?

Assalamualaikum peeps, So hari ni bukan aku nak promote Celcom dan aku bukan orang kuat celcom walaupun mak saudara aku kerja celco...

Assalamualaikum peeps,








So hari ni bukan aku nak promote Celcom dan aku bukan orang kuat celcom walaupun mak saudara aku kerja celcom. Sebenarnya aku tak suka celcom tapi aku seorang pengguna celcom. Kalau bos Celcom tahu ni komfirm dia carut aku 14 guni. Aku ni manusia yang sangat jarang top up kredit. Aku cuma top up untuk langgan internet sebulan sekali. Tapi macam yang semua tahu dan rasa, internet 1 Gb sebulan sangat lah tidak mencukupi untuk seorang yang suka scroll media sosial macam aku ni.

Tapi sekarang, aku dah mula belajar balik dan dekat kolej kediaman aku dah tersedia wifi percuma. Cuma agak limited untuk aku nak surf youtube je lah. Jadi lagi lah aku malas nak top up. Memang 100% aku mengharapkan wifi tersebut. Tapi yang tak bestnya, bila keluar je dari rumah, mula lah internet tak ada. Kalau internet tak ada ni, memang manusia sekarang jadi mati kutu lah. Nak berhubung dengan kawan kawan pun susah. Bila aku belajar top up pulak, selalu je kredik aku habis walaupun aku tak buat apa apa. Walaupun mesej sekeping, dah makan beringgit. Aik? macam mesej dengan orang luar negara mahalnya.

Lepas tu aku rasa lebih baik aku cuba Magic Sim ni, sebab dia ada basic internet percuma yang aku tak perlu top up dan aku dah boleh whatsapp dan bertelegram. Senang kan. Tak perlu lah aku nak top up banyak banyak. Maxis jugak ada sediakan basic internet ni. Tapi coverage celcom adalah yang paling kuat dekat kampung aku. Jadi nak tak nak, kena pakai celcom jugak.

Kelebihan Magic Sim



Macam mana nak tukar celcom biasa ke Magic Sim?

Senang saja. 

Taip MIG MAGIC dan hantar ke 28882. 


Aku dah tukar Magic Sim dah. Korang bila lagi ? (konfirm bos Celcom tarik balik carut dia tadi)

You Might Also Like

3 comments

  1. rmai ckp magic sim ni bgus..tp macam x berminat..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 tak minat jugak. tapi sebab dah dapat basic internet senang sikit. in case duk kat luar dari rumah dan nak wasep kawan senang. jimat lah sikit

      Delete

ShopLinks

babab.net