Siapa Aylan yang terdampar dipantai Turki ?

Ada tengok instagram dena bahrin semalam. Aku tak pernah tahu pasal adik Aylan ni. Sebab media takkan hebohkan benda baik macam ni kan...


Ada tengok instagram dena bahrin semalam. Aku tak pernah tahu pasal adik Aylan ni. Sebab media takkan hebohkan benda baik macam ni kan. Yang heboh nye bersih, derma 2.6 bilion je. Bila berkaitan dengan isu saudara seagama kita ni kurang dihebohkan sikit. Tengok gambar dan bace caption dia, rase nak tahu siapa sebenarnya Aylan ni. Kenapa Aylan tidur kat pasir ? 

Sebenarnya Aylan bukan tidur, tapi Aylan dah meninggalkan dunia yang kejam ni. Aylan ditemui terdampar di tepi pantai Turki dipercayai antara 12 pelarian Syiria yang dilaporkan lemas setelah bot yang mereka karam dipukul ombak. Aylan ditemui bersama abang nya yang turut terdampar tidak jauh dari mayat Aylan. 



Berpakaian t-shirt merah dan seluar biru, mangsa Aylan Kurdi,3 dari bandar Kurdish- Syirian, Kobani, dipercayai antaraa 12 pelarian Syiria yang cuba memasuki negara Greece, namun lemas apabila bot mereka karam.

Mayat abangnya , Galip,5 juga ditemui tidak beberapa jauh dari lokadi yang sama. 


Innalillah kepada anak syurga ni. Sungguh betapa seksanya anak kecil ni. Sehingga sanggup menjadi pelarian di negara sendiri. Taip #aylan di instagram untuk tengok gambar comel adik aylan ni. Ternyata bukan orang islam sahaja yang tidak menyokong kekejaman yang dilakukan. Orang bukan islam di negara barat lain pun turut membangkang dan memuat naik gambar ini supaya mereka menghentikan keganasan yang dilakukan. 

Ayuh berdoa supaya keganasan ini dihentikan. Supaya saudara seagama kita dipelihara oleh Allah S.W.T. Sedih bila mengenang nasib saudara seagama didera dihina dicaci oleh pihak pihak yang tidak berperikemanusiaan. 

You Might Also Like

1 comments

ShopLinks

babab.net