CARA BUAT GIANT BUBBLE SENDIRI

CARA BUAT GIANT BUBBLE SENDIRI. SENANG LAGI MURAH Kebelakangan ni permainan Giant Bubble makin digilai ramai. Sebenarnya dah agak la...

CARA BUAT GIANT BUBBLE SENDIRI. SENANG LAGI MURAH


Kebelakangan ni permainan Giant Bubble makin digilai ramai. Sebenarnya dah agak lama dah. Cuma aku yang baru berkesempatan nak main. Yang first jadi tumpuan dulu dekat Setia City Mall. Memang famous masa tu. Tapi aku ni orang kampung je. Mana nak pergi Setia City Mall bagai tu. Jauh benar nak ke sana. Lagi- lagi aku ni kalau kat rumah memang jenis tak keluar rumah. Ops jangan cakap aku bagus sebab tak keluar rumah. Tu dekat kampung. Tapi kalau dekat Universiti, aku lah kaki rayau sejati. Ajak je nak gi lepak mana, nak gi jalan mana, asal ada duit aku on je. Ok, mesti dah start nak cakap aku ni jahat, keluar rumah belakang mak ayah. Tak apa, aku tak kisah. mulut manusia saya faham.

Ok berbalik kepada cerita kita, tak guna aku duk pot pet pot pet panjang lebar. Cara nak buat giant bubble sendiri yang senang dan paling murah adalah.

Material dan Equipment


  1. Chopstick
  2. Tali benang yang tebal sikit (boleh guna baju lama, potong kasi panjang dan kecil)
  3. Tepung ubi kayu
  4. Sabun pencuci joy
  5. Air paip

Campur air, sabun joy dan tepung ubi kayu secukup rasa. Aku tak sukat pon. Pakai tuang je. Sesedap rasa lah kata orang. Jangan lah sampai pekat dengan tepung ubi je. Ikat tali pada chopstick berbentuk bulat, terpulang nak besar mana pun.

Lepas tu dah boleh main. Mudah dan murah kan ? Yang aku dengar, kalau main kat taman makan RM 3 jugak lah untuk 200 ml air sabun ni. 200 ml sikit je, tak boleh main puas-puas. Jadi baik buat sendiri, boleh main banyak dan boleh main dihalaman rumah bersama adik-adik dan anak buah. Ok itu saja, Have fun semua !

Tak dapat tiup jerebu, kita tiup buih je la.



You Might Also Like

6 comments

  1. tu diaaaa....main sampai pengsan eh...uik..jgn main kat luar lama2..jerebu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu la kerajaan x bg student uni cuti. sebb ni la. x reti duk rumah. hahah

      Delete
  2. woaaah.. menarik la.. boleh buat dengan anak2 buah ni..
    mesti diorang suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa. buat kak siti. dengan akak sekali nnti yg excited

      Delete

ShopLinks

babab.net