Followers

CARA MENGHANTAR RESUME DENGAN BETUL

Bab resume ni sangat dititikberatkan semasa nak memohon kerja dan sangat diendahkan oleh pelajar yang ingin memohon kerja. Bagi aku resu...


Bab resume ni sangat dititikberatkan semasa nak memohon kerja dan sangat diendahkan oleh pelajar yang ingin memohon kerja. Bagi aku resume sesuatu yang penting yang perlu dibuat dengan penuh hemah sebab resume tu menggambarkan siapa diri kita bukan hanya copy paste resume hitam putih yang pihak universiti bagi sebagai contoh. Resume ni satu kertas ataupun softcopy mewakili diri kita untuk dilihat dan dikaji oleh bakal majikan. Bila tengok resume yang capuk nak tak nak buat tu, konfem tong sampah lah jawapannya. Ni beberapa tips yang aku ambil dari blog kak zyraroxx dan ditambah sedikit untuk dikongsikan bersama.


1- Create email for profesional purposes / Buat email baru untuk urusan profesional.


Biasanya kalau pelajar universiti dah tahu bab ni. Tetapi masih ada lagi pelakjar yang buat silap. Masih ada lagi yang hantar resume menggunakan email lysababydoll@yahoo.com, Amanrockstar@yahoo.com, lailamanja@gmail.com dan bermacam lagi. Please create email baru yang lebih profesional seperti aswaleyla@gmail.com untuk urusan-urusan yang penting. Ni kalau majikan tengok confirm tolak tepi dulu ni. Kalau dah email pun nama macam ni nak minta kerja, nampak sangat orang nya tak matang dan masih duk main game, duk main we chat dan sebagainya.

2- Tulis email dengan lebih detail.

Kadang-kadang yang ni pun aku ambil masa yang lama nak fikir ayat. Bukan nak ayat yang berbunga, tetapi perlu tulis sepatah dua kata sebagai pendahuluan. Jangan terus hantar resume semata-mata. Belajar sikit CV (curriculum vitae) iaitu sedikit pengenalan untuk diri kita. Adat jumpa orang, masuk rumah orang pun kita kena bagi salam, kenalkan diri jugak kan. Konsep dia sama ja. Kalau tak tahu sangat search lah dengan mr google. Bab lain boleh nak search, takkan nak search benda macam ni pun malas.

3- Periksa gaya bahasa. 


Ini pun sangat penting. Kalau ye pun kau nak hantar resume dalam bahasa inggeris, jangan lah pergi translate pakai google translate. Terbalik lintang pukang ayat tu nanti. Dah siap resume, bagi lah kawan-kawan yang pandai B.I cek. kalau nak yakin lagi, bagi lah lecturer kau baca, tanya betul ke tak. Mana yang dikomen tu betulkan balik. Barulah boleh hantar resume tu.

4- Jangan letak semua media sosial.


Aku tahu sekarang memang banyak media sosial yang tengah top-top macam instagram,facebook,twitter,wechat, line dan sebagainya. Jangan lah nak letak semua media sosial korang tu. Tak perlu lah nak tunjuk sangat korang ni up to date. Takut nanti majikan tu stalk korang dan tengok korang kongsi sesuatu yang tak sepatutnya dikongsi terutama tentang politik dan sebagainya. Dari situ majikan dah boleh baca siapa diri korang. Jadi kalau nak lagi selamat, padam semua yang tak sepatutnya sebelum mintak kerja. Bukan apa, walaupun kau tak bagi kau punya media sosial, majikan masih boleh cari kau di media sosial. Kalau tak percaya, cuba kau taip aswaleya, nanti semua keluar IG, facebook, twitter dan blog aku ni.

5-Jangan letak gambar selfie.


Yang ni kalau ada yang buat jugak tak tahu lah. Tahu lah korang cantik mengalahkan siti nurhaliza, tetapi jangan lah letak gambar selfie. Tak sesuai gambar selfie letak kat resume. Kalau letak dekat IG boleh lah. Seeloknya letak lah gambar yang kemas dan rapi contohnya gambar passport yang berkot atau berjaket.

Tambahan,

6- Buat resume yang menarik


Maksud menarik tu macam mana ? Cara dia macam kau nak menarik perhatian seseorang, mestilah kau bersiap lawa-lawa, make up, pakai pakaian warna yang menarik perhatian. Betol tak? Macam tu jugak dengan menarik perhatiab majikan. Majikan korang tu manusia, dan manusia sukakan sesuatu yang cantik. Jadi buat lah resume korang tu berwarna dan berframe sikit. Bagi dia nampak berbeza dari yang lain. Sekurangnya nampak lah effort kau nak buat resume dan kreatifnya kau untuk tarik perhatian dia.

Tak percaya ? Aku ada pengalaman macam ni. Dulu semasa minta tempat praktikal, semua aku mintak sama dengan kawan aku. Yang bezanya resume aku ada warna-warna dan gambar-gambar yang sepatutnya lah. Hasilnya, ada sesetengah company nak ambil cuma seorang pelajar praktikal, dan company tersebut panggil aku, bukan kawan aku yang lain, tapi aku tolak sebab nak sama dengan kawan aku tu.

Nampak tak kepentinagan satu resume tu ? Dengan satu resume yang mantap boleh mengubah kehidupan korang. Kalau resume pun cikai-cikai, lambat sikit lah nak dapat peluang pekerjaan. Zaman sekarang ni semua benda kena berebut dan cepat, dalam kecepatan tu jugak kita kena titik beratkan benda yang nampak tak penting tetapi sebenarnya sangat penting.

creadit to zyraroxx

You Might Also Like

5 comments

  1. mcm mna cara buat resume yg sekeping je lepas tu ada warna warni berjadual? guna microsoft word blh x?

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net