Followers

CARA PEMAKANAN MAGGI DIPERTIKAIKAN.

Meggi dan pelajar universiti memang takkan terpisah. Sejauh mana kau mengelak, kau tetap akan cari meggi bila kau tak ada duit dan malas nak...

Meggi dan pelajar universiti memang takkan terpisah. Sejauh mana kau mengelak, kau tetap akan cari meggi bila kau tak ada duit dan malas nak turun beli makanan.

Walaupun semua tahu makanan segera terutamanya meggi sangat tidak elok untuk kesihatan. Bukan maggi sahaja, tetapi semua jenama makanan mee segera seperti mamee, mee sedap, mee bandung, ruskee dan sebagainya. Sebab ada sesetengah orang cakap maggi je yang bahaya, mamee tu tak. Semua bahaya ye adik-adik.

Tapi aku bukan nak cakap maggi tu jangan makan, sebab aku pun makan, tapi tadi aku makan maggi dekat ruang tamu. Ada housemate aku sekali.

Housemate 1 : eh, tanak tunggu maggi tu kembang dulu ke ?
Aku ; Tak, tak suka makan yang kembang. muak nanti.
Housemate 2 : aku pun suka makan yang keras-keras dan panas-panas lagi.
Housemate 3 : makan maggi yang kembang la best.
Housemate 1 dan 3 : ok sep sikit, kita sama.

See, makan maggi pun dah lain cara, apa lagi hati. ok, tak ada kaitan.

P/S: Lain orang lain pendapat, jangan espect semua orang sama macam kita. jangan espect semua orang akan sokong apa pendapat kita.

You Might Also Like

6 comments

  1. meggi mee sedap dimakan cepat dimasak., ;p

    ReplyDelete
  2. betul tu Lela..x semua selera sama kan..akak pun x suka meggi kembang...x sedap nak kunyah..sep sikit!!1

    ReplyDelete
  3. Dah lama yanie tak makan manggi..dulu zaman belajar memang jadi peneman setia perut hihih

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net