Followers

CHAR KUEY TEOW KEGEMARAN

Setiap kali aku ke Kangar, confirm aku makan dekat tempat ni. ala-ala food court macam tu lah. Sebab nak jumpa food court dekat kangar meman...

Setiap kali aku ke Kangar, confirm aku makan dekat tempat ni. ala-ala food court macam tu lah. Sebab nak jumpa food court dekat kangar memang tak mungkin. Kat sini ada 3 4 kedai yang berderet. Aku lebih prefer makan dekat sini sebab murah sikit dari tempat lain. Dan setiap kali ke sini, aku mesti order char kuey teow. Sedap dan banyak char kuey teow dia. Tak tahu lah lain orang lain selera kan.


Tengok, banyak sayur, banyak udang yang pastinya. Biasanya kalau makan char kuey teow mesti dalam pinggan kecik tu je, Tapi tempat ni pinggan gedabak besar. Memang kenyang kalau makan. Udang ada dalam 5 6 ekor besar-besar bersembunyi dibalik kuah yang banjir. I likeee.



Uishh, sambil tulis entry sambil air liur meleleh, Gulp gulp yelan air liur. Harga char kuey teow + teh ais baru RM6.50. murahkan ? kenyang dan memuaskan . Alhamdulillah atas rezeki Mu Ya Allah.

You Might Also Like

7 comments

  1. uish..tenung lelama boleh tertelan air liur...
    murahnya char kuey teow dia....ni yang mengidam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.kat sini murah sikit.mohon mengidam . hehhee

      Delete
  2. wahh sedapnya..minum dgbteh air..wahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehehe. sedap kan teh ais. nak2 teh ais belah utara

      Delete

ShopLinks

babab.net