Followers

lelaki mula rimas bila perempuan balas suka mereka

Assalamualaikum. Sebenarnya dah lama nak buat entry ni, tapi asyik tangguh dan rasa macam entry ni tak perlu. Lepas sembang bersama kawan...


Assalamualaikum. Sebenarnya dah lama nak buat entry ni, tapi asyik tangguh dan rasa macam entry ni tak perlu. Lepas sembang bersama kawan kawan, terkeluar pulak isu lelaki mula rimas bila perempuan balas suka mereka. Sebenarnya entry ni tidak lah menyalahkan kaum lelaki. Semuanya kehendak Allah S.W.T.

Soalan yang selalu bermain diminda aku, lelaki yang mula-mula suka tapi selepas si perempuan membalas 'suka', dia akan menghilangkan diri.
Semua ni korang takkan paham selagi tak alaminya sendiri. Sebenarnya kedua belah pihak perempuan dan lelaki mempuanyai persepsi yang berbeza.

Sikap lelaki yang tak akan pernah mengalah untuk mendapatkan perempuan yang dia minat dan sikap perempuan yang mudah terjatuh cinta selepas melihat si lelaki bersungguh sungguh memikat hati si perempuan. Sebaliknya si lelaki akan rasa puas dan berada dalam keadaan yang paling selesa selepas si perempuan membalas cinta mereka. Jadi si lelaki akan merasa bosan dan sudah tidak perlu terkejar kejarkan cinta si perempuan. Sebab itu lelaki mulai bosan selepas perempuan mula memainkan peranan hati.

Ada satu cerita yang menceritakan tentang keadaan kedua belah pihak lelaki dan perempuan. Boleh baca dekat blog THE OTHER KHAIRUL. Dia ada ceritakan dengan jelas kenapa keadaan ni berlaku.

Aku pernah tanya beberapa orang kawan tentang lelaki mula rimas bila perempuan balas suka mereka dan jawapan mereka ..

= Sebenarnya aku lagi suka bila perempuan tu tak tunjuk yang dia suka aku. Bila aku yang kejar aku rasa lagi tercabar, tapi bila perempuan tu balas cinta aku, aku rasa macam malas dah nak kejar dia. Apa lagi aku nak buat? aku dah dapat cinta dia yang aku nak .

= Aku sebenarnya suka, tapi lepas aku dah dapat, aku jadi macam tak suka dah. Aku pon tak tahu macam mana nak explain.

=Masa aku suka dulu, aku anggap macam aku panjat gunung, Trill. Tapi bila dia pun suka kat aku, aku rasa macam ada orang panjat aku. Aku rimas.

Tapi lain orang lain pandangan. Kita tak boleh sama kan mana mana pihak dan salahkan mana pihak. Semua rasa yang kita rasa ni datang nya dari ALLAH. Kalau ALLAH tak izinkan, semuanya takkan terjadikan.
Semoga semua ini menjadi pengajaran dan menjawab soalan yang bermain di fikiran .

You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net