MAKAN MALAM REGIMENTAL R.O.T.U. UNIMAP

Seperti biasa, selepas pentauliahan diraja, akan ada satu makan malam istiadat regimental yang dihadiri raja muda, Naib censolar dan semua...

Seperti biasa, selepas pentauliahan diraja, akan ada satu makan malam istiadat regimental yang dihadiri raja muda, Naib censolar dan semua VVIP unimap. Alhamdulillah makan malam regimental palapes unimap sudah berjaya berlangsung dengan penuh istiadat pada 23 OCT 2015.

Perasaan ? tak boleh digambarkan sebab happy, ye lah dah lepas dengan semua yang aku lalui sebelum ni. Satu kejayaan yang aku rasa sangat besar dalam hidup aku. Macam tak sangka seorang yang bernama aswalela masuk army dan dah tauliah. sekarang dah ada leftenan muda. Kalau fikir balik macam mana aku boleh jadi sampai tahap ni, aku pun tak terfikir dek akal jugak.

Ok, cerita pasal makan malam ni, makan malam diadakan di Hotel Tabung Haji di Kedah. Kami bergerak dalam pukul 10 pagi, sampai dalam pukul 11 macam tu lah. Terus pergi letak barang dalam bilik yang disediakan, bergerak ke ballroom untuk tengok keadaan sekeliling. Semua pihak markas yang set up. Tambah dengan junior, inter dan senior yang datang tolong. Untuk sebab depa boleh nampak flow semasa makan malam regimental. Jadi time depa pulak nanti tak ada lah jakun sangat kan.

LTM NOR ASWALELA BINTI ISMAIL

Rasa janggal pulak. Dulu pegawai kadet wanita. Hah! muka macam ni pun lepas semua ujian askar. Lepas pun macam-macam dugaan. Suka duka semua bercampur jadi makanan harian. Telan dengan rela hati. Semua tu kenangan. kalau tak pahit, tak lawak, tak malu, dia takkan jadi satu kenangan yang manis. Hidup kalau berjalan atas jalan yang lurus, kenangan tu akan jadi bosan. Kalau ada jatuh, tergolek, terlentang, sideroll, fortroll semua tu, bila kita dah sampai ke tempat yang kita tuju, bila tengok balik apa yang kita lalui, kita akan ketawa, gelak dengan diri sendiri. Tu lah kenangan yang kita perlu simpan. Simpan dalam fikiran dan hati, supaya hati kita tidak mati.


Dear aswalela,
tahniah untuk diri sendiri. Tahniah kerana mampu buktikan yang kau mampu bertahan sampai ke tahap ni. Kau mampu berdiri, merangkak, menyusur untuk habiskan semua ni. Tak berhenti di separuh jalan walaupun mulut kata nak keluar dari semua ni. Tahniah untuk jadi wanita yang kuat hatinya dari dicemuh dikeji dimarah. Tahniah sebab dah capai apa yang diinginkan. Tahniah kerana akan amal semua yang dapat dalam ilmu pembelajaran tentera ni. Tahniah untuk segalanya.

APPETIZER MARINATED  PRAWN WITH HONEY MUSTARD DRESSING AND MESELUN SALAD
CREAM OF WILD MUSHROOM SOUP
GRILLED CHICKEN BREAST WITH GARDEN VEGETABLES, DEEP FRIED POTATO SERVED  WITH CORIANDER CREAM SAUCE
MANGO TIRAMISU WITH BERRIES
GAMBAR BERSAMA RAJA MUDA DAN DATIN,DATO' NC, PANGLIMA DAN SEMUA VIP YANG HADIR.

Skuad aku yang bersusah senang dalam harungi 3 tahun bersama. Terima kasih skuad, yang banyak bantu aku sehingga jadi seorang manusia. PALAPES UNIMAP MANTAP !


Ni sebenarnya orang yang berbeza. hahaha. Lain sangat aku masa ni. Nasib baik unimap buat lambat sikit makan malam ni. Makan dua bulan aku nak cerahkan balik kulit muka. Makan dua bulan jugak aku jadi gemuk macam sekarang. Lain terus muka aku time tauliah tu. Kurus cengkung kena jemur tengah panas selama 2 minggu. Lepas dah habis, makan ikut perut mintak. tu jadi tembam semacam tu. Time hitam tu memang tak ada mood langsung nak ambik gambar. Tu pun mak ayah yang paksa. Kalau tak memang aku malas lah.

Alhamdulillah lagi sekali untuk kejayaan ni. Lepas ni kena struggle belajar pulak. In shaa Allah dapat degree pulak nanti. Kalau ada rezeki boleh lah serap dalam askar tetap. Tu pun kalau aku masih sanggup dan berani nak pergi kursus lah.

"Orang yang berani adalah orang yang takut tetapi memberanikan diri untuk sesuatu perkara. "

You Might Also Like

4 comments

  1. awakk...terima kasih sebab selalu like gambar2 kt ig yaya....yaya kagum dengan lela... :)

    yaya nak jemput join pertandingan Dove .... mana tahu bertuah ... dapat rangkaian produk Dove bernilai RM100 !! ^_^

    http://www.yayacendana.com/2015/10/peluang-mendapatkan-rangkaian-produk.html

    goodluck tauuu ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah..manfaatkan apa yang ada sebaiknya..bila berada di atas jangan lupa pandang ke bawah..dan bila nak terus maju..contohi orang yang lebih dulu melangkah ke hadapan..moga terus success.

    ReplyDelete
  3. huisshh ! kacaknyaa diaa. melting tgok kakak sado ni. hehehe

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net