Followers

PENGHANTARAN ZALORA YANG CEPAT DAN MEMUASKAN.

Entry lepas aku ada cerita pasal CARA NAK TEBUS VOUCHER ZALORA kan ? Sebab aku tengah tebus voucher tu dan dalam masa yang sama aku update ...

Entry lepas aku ada cerita pasal CARA NAK TEBUS VOUCHER ZALORA kan ? Sebab aku tengah tebus voucher tu dan dalam masa yang sama aku update lah sikit cara nak tebuskan. Sebab sesetengah orang bimbang kalau tebus nanti kena keluarkan duit sendiri. Sebenarnya bergantung kepada harga barang dan jumlah voucher yang kita dapat tu. Kalau kita dapat RM50 lepas tu beli barang RM 89, memang kena bayar lah yang RM39 lagi tu.

Alhamdulillah barang yang dibeli telah pun sampai. Yang aku terkejutnya barang sampai sangat cepat. Aku order 5 haribulan petang. Jadi penghantaran akan dibuat esoknya lah kan. Aku fikir sampai lambat jadi aku baru pergi cek barang aku dekat pejabat kolej kediaman petang tadi bersamaan 9/9/2015. Rupanya barang tu dah sampai 6/9/2015 pada waktu petang. Jadi 7 haribulan aku sepatutnya dah boleh ambil barang tu. Aku fikir lambat sikit barang sampai memandangkan aku berada di hujung Malaysia.


Nah, terbalik pun terbalik lah. Alhamdulillah aku terima parcel dalam keadaan yang selamat. Cantik lagi bungkusannya. Tak sabar nak bukan isi dalam tu. Lepas ambil barang ni aku terus pergi kelas. Dalam kelas tu punya lah gelisah aku tak sabar nak tengok barangnya.



Ini barang yang aku beli tu. satu blouse harimau, satu long cardigan dan sepasang ear ring. Semua tu genap berjumlah RM100. Nampak, bijak tak berbelanja, cukup-cukup aku beli, dalam satu nilai RM100 yang kecil tu pun boleh dapat tiga barang yang best. Berbaloi kan shopping dekat Zalora ni. Barang ada yang murah walaupun berjenama. Pilih lah barangan yang tengah diskaun, lagi muarah harga barang nanti. 


Earring by Something Borrow ni RM 9. Murah kan, comel lagi tu. Aku suka kucing jadi aku pilih yang ni. Ada yang jenis seekor kucing yang lengkap tu tetapi aku pilih yang ada kepala lain ni sebab lagi nampak macam style kan. Untuk entry blouse dan cardigan, aku taip entry lain. Sebab belum bergambar dengan baju baru dari Zalora. Apa-apa pun terima kasih Zalora untuk Voucher dan penghantaran yang bagus. 

Jadi lepas ni boleh lah ke Zalora untuk shopping. Banyak baju-baju yang mampu buat aku  meroyan tak tentu hala. Banyak sangat sampai aku dah tak sanggup nak buka laman web Zalora. Lagitak sanggup bila Zalora hantar email cakap offer lah, diskaun lah. Haishh, betul-betul menggugat keimanan aku. Ok lah, selamat berbelanja semua. 

You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net