ROADSHOW LOVE SUPERMOON DI UNIMAP

Assalamualaikum. ... Last entry aku ada tulis tentang  SINOPSIS FILEM LOVE,SUPERMOON    kan? Itu entry untuk keseluruhan cerita LOVE SU...

Assalamualaikum. ...


Last entry aku ada tulis tentang SINOPSIS FILEM LOVE,SUPERMOON  kan? Itu entry untuk keseluruhan cerita LOVE SUPERMOON dan aku tak tengok lagi cerita tu. dan ini entry lepas aku dah tengok dan join roadshow untuk cerita love supermoon ni.

Cerita love supermoon ni telah ditayangkan di pawagam bermula 22 oktober baru-baru ni. Pihak Grandbilliance berbesar hati memilih Universiti Malaysia Perlis untuk mengadakan roadshow dan tayangan perdana di sini.

Bagi aku cerita ni sangat best sampaikan aku sakit perut gelak dalam dewan aka pawagam unimap. Rasa tak menyesal lah walaupun tengok wayang filem melayu. Jalan cerita sebenarnya bagi aku biasa, tapi peranan pelakon-pelakon yang membuatkan cerita tu jadi luar biasa. Gabungan Nadiya Lissa, Rita Rudaini dan Anne Ngasri memang kena, meletop kau.

Part yang aku rasa best, part lawak dan part bila lelaki bergosip. Memang betul, lelaki bergosip sangat berbeza tajuk dengan wanita. Tal percaya? contohnya macam ni. "Triz keluar dengan teman lelaki dia. Teman lelaki triz pakai kereta kancil warna oren sport rim warna hijau" Perempuan akan gosip "triz keluar dengan buah hati" lelaki akan gosip "kereta oren? dan oren "Yes ! ni betul . Kalau nak tahu kena tengok cerita ni lah ye.

Turut hadir penyanyi Yuka yang menyanyikan lagu Hati Berbisik,  OST LOVE SUPERMOON. Suara dia best walaupun secara live, rasa macam dengar radio je time dia nyanyi. Serius aku tak tipu. Tak de ubah pun dekat suara dia berbanding secara dalam media.





Antara gambar yang diuploaad ke instagram Grandbrilliance dan ada aku kat dalam gambar tersebut. Dimana ada aku, disitu ada cameraman atau, di mana ada cameraman disitu ada aku ? Banyak pulak gambar aku dalam tu. Untung kawan dengan gadis cun melecun ni. Boleh aku interframe sekali.

Bergambar dengan hero dan heroin love supermoon
Bersama penyanyi OST love supermoon, Yuka

SINOPSIS FILEM LOVE,SUPERMOON


You Might Also Like

2 comments

ShopLinks

babab.net