SEKOTAK ART MARKERS HARGA RM210

Harga sekotak marker RM210? Mungkin biasa bagi yang dah biasa, tak tak biasa bagi aku. Ni pertama kali aku beli marker yang harga bera...



Harga sekotak marker RM210? Mungkin biasa bagi yang dah biasa, tak tak biasa bagi aku. Ni pertama kali aku beli marker yang harga beratus macam ni. Yang senior senior designer konfirm cakap aku ni gegeh je, padahal benda biasa ja. Tapi suka hati aku lah aku nak tulis jugak. Sebelum ni aku nak beli marker Sharpie yang harga 3 4 ringgit sebatang pn aku dah berkira. Dah rasa benda tu tak perlu nak berhabis duit banyak sangat. Tapi untuk kali ni sis redho je lah. Untuk pelajaran kan, aku sanggup berhabis duit banyak mana pun. Cisss, poyo sangat.

Sebelum ni aku tak pernah terfikir nak libatkan diri dalam dunia seni lukis ni. Sesungguhnya aku tak ada bakat, basic, pengetahuan, mata dan semua lah yang berkaitan seni. Tapi untuk kos aku sekarang ni, aku kena belajar seni ! aku kena belajar painting ! aku kena baca apa yang ada dalam sebuah lukisan ! aduh, macam mana nak baca kalau dalam lukisan tu tak ada tulisan. Bertabah lah aku untuk sem ni dan seterusnya. Serius talk aku memang tak pandai melukis dan last aku lukis sampai siap tu pun masa sekolah rendah. Lukis gambar air terjun, gambar sawah dan orang orang.

Lepas midterm, aku punya mini projek kena buat painting. Painting untuk 20th century art. Ayoooo, tu painting zaman zaman dulu yang kena conteng conteng pakai warna untuk zaman tu. Fuuuuhh, lemah semangat aku, tak tahu lah aku lukis jadi apa. Jadi muka aku kot yang tak siap ni. Lecturer kat sini tak ada lah nak ajar daripada basic nak pegang pensil nak lukis kan. Dah besar takkan baru nak belajar melukis kot. Dia akan bagitahu je buat tajuk tu, lepas tu lantah lah nak buat lukisan tu jadi apa, janji due date nanti semua hantar. Aku pun pening nak fikir, bimbang mengusai diri. 

You Might Also Like

3 comments

  1. mak oiii...!! RM200 lebih harganyaaaaaa... huhuhuhuu..
    didoakan dik leyla maju jaya la ye.. dah beli mahal2 tu mesti cantik lukisannya nanti.. :)

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net