Followers

SUSAHNYA BILA NIKMAT TANGAN KANAN DITARIK

Pelik dengan tangan aku yang tiba-tiba sakit. Sebelum ni ingatkan cuma lenguh-lenguh tulang. Tapi pelik sebab sebelah tangan kanan je ya...


Pelik dengan tangan aku yang tiba-tiba sakit. Sebelum ni ingatkan cuma lenguh-lenguh tulang. Tapi pelik sebab sebelah tangan kanan je yang sakit. Aku cuba biar je, urut-urut sendiri. Semalam baru aku perasan yang sakit lenguh tu turun sampai ke ibu jari. Tengah mandi, nak cuci muka rasa sakit kawasan ibu jari. Bila angkat sponge badan nak gosok badan rasa lagi sakit. Cuba angkat gayung guna tangan kanan, JATUH ! 

YA ALLAH apa dah jadi dengan tangan aku ? Cuma mampu angkat benda-benda yang ringan. Aku ingat kan tak berlarutan. Cuak. Aku terus call ma, Cakap sakit tapi nak tunggu balik baru nak pergi berurut dengan jiran aku. Nak pergi klinik tak tahu nak pergi klinik mana dekat perlis ni. Pergi hospital confirm bagi paracetamol je. 

Malam, aku kena siapkan assignment yang pelbagai. Kena taip essay English. Alhamdulillah masih mampu menaip. Sebab tu entry ni masih wujud. Walaupun jari aku jadi sengal-sengal. Kena lukis animal transformation pulak. Seksa aku rasa sebab memang sejak azali tak pandai lukis. Lepas part kena padam tu paling seksa, padam pakai tangan kiri pun tetap kena tekan kertas dengan tangan kanan. Pegang pensel pun ala-ala je. Nak siap tu baru kemaskan elok-elok. Tu pun boleh tahan sakit. 

Tunggu cuti midsem nanti baru boleh balik kampung dan boleh pergi klinik dan pergi urut semua. Nak tunggu tu lama lagi. 6 haribulan 11 baru cuti. Wahai tangan bertahanlah. Teruskan berkhidmat untuk aku. Doakan tangan aku cepat baik ye semua. Semoga nikmat tangan kanan ni ditarik untuk seketika. Semoga Allah kembalikan nikmat tangan kanan ni. 

Belanja lukisan dari orang buta seni 

You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net