Followers

TAK MATI DIKEJI, TAK HIDUP DIPUJI

Assalamualaikum. Malam ni mood nak membebel sikit. Bukan membebel mak nenek tu. Cuma nak bagi sedikit kata perangsang dekat mereka yan...

Assalamualaikum.



Malam ni mood nak membebel sikit. Bukan membebel mak nenek tu. Cuma nak bagi sedikit kata perangsang dekat mereka yang selalu dikeji oleh segelintir masyarakat.

Dikeji ni dalam kata lain, dihina, dicemuh, dikutuk, dan dijatuhkan di kalayak ramai. Seperti yang kita tahu, haters ada dimana-mana. Bah kan dalam selimut pun ada. Heshhh, jangan pikir bukan-bukan. Aku masih suci lagi. Maksud aku 'musuh dalam selimut'. Pernah dengar kan ?

Selalunya orang yang jenis suka keji orang ni sebenarnya dengki dengan kelebihan orang yang dikeji tu. Ataupun apa yang dia nak tak dapat, tapi orang lain yang dapat. Jadi dia pun mula lah agenda keji mengeji ni.

Aku perhati jugak orang yang suka mengeji orang ni, kat luar dia lain, kat dalam dia lain. Aku nampak macam ada perbezaan personaliti. Ada dua watak yang berbeza. Dekat luar bukan main alim, nasihat menasihati orang. Tapi kat medium lain dia mengutuk orang, mencaci, mengkhinzir kan orang, mem macam macam lagi lah. Baik ke macam tu ?

Sebenarnya bila dia buat macam tu, semua keburukan dia terserlah. Motif sebenarnya nak burukkan kawan dia. Tapi akhirnya keburukan dia semakin nampak. Yang malu nya diri sendirlah yang keji orang tu.



Jadi kalau kamu pernah dikeji, pernah lalui saat-saat seperti ini, terus lah memandang ke hadapan. Terus kan niat yang baik. Jangan sesekali menoleh kebelakang. Kerana yang dibelakang sedang berusaha menjatuhkanmu. Ingatlah. Tak mati pun kalau kena keji. Sabar adalah kunci segalanya. Ramai lagi yang menyokong kamu. Kalau rasa down sangat . Please dengar lagu ni. Konfem terus bersemangat. Betul ! aku pun buat macam ni. FADING FLOWER BY YUNA.

You can't tear me down
Beat me to the ground
Try to block my sunshine
My blue skies with your clouds
And who do you think you are
Yeah that won't get you far
You may think you're pretty
But you'll see that beauty
Is a fading flower

Bila aku dengar lagu ni rasa macam semangat lah sikit. Kalau sedih lagi, buka volume kuat-kuat pastu karaoke kuat-kuat. Rasa lega . hahaha. Teruk jugak perangai aku ni. Tapi apa yang lagu ni cuba sampai kan tu betul. Aku setuju. Dan lagi satu aku memang peminat YUNA walaupun orang cakap dia membaca bukan menyanyi. Heee. 


You Might Also Like

4 comments

  1. Pujian hanya untuk Allah...
    Kejian layak untuk kita tanda Allah memberi amaran....

    ReplyDelete
  2. Kak Lela... kita sama... Sama tang jadi PEMINAT Yuna... haha... tapi, lagu di atas ni, FIRST TIME dengar.. ekeke... nampak sangat i is bukan peminat TEGAR Yuna.. ekeke

    ReplyDelete
  3. tak baik tau tikam tikam blkg.,huhu2

    ReplyDelete
  4. suka yuna juga

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #19 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net