TIPS PAKAIAN PEJABAT WANITA MENGANDUNG

TIPS PAKAIAN PEJABAT WANITA MENGANDUNG Ramai yang beranggapan wanita mengandung tidak boleh kelihatan bergaya. Well, tanggapan itu adalah...

TIPS PAKAIAN PEJABAT WANITA MENGANDUNG


Ramai yang beranggapan wanita mengandung tidak boleh kelihatan bergaya. Well, tanggapan itu adalah salah ! Lebih lebih lagi bagi wanita mengandung yang bekerjaya. Untuk tampil kemas dan bergaya ke pejabat adalah suatu perkara yang harus diambil berat. Bukan sahaja untuk meningkatkan keyakinan diri, malah untuk keselesaan yang ideal semasa bekerja. Bagi ibu-ibu mengandung yang tertanya-tanya apakah jenis pakaian yang sesuai dipakai ke perjabat, berikut merupakan tips pakaian pejabat wanita yang mengandung.

Blouse Longgar


Sarungkan blouse Muslimah yang longgar dan diperbuat daripada fabrik yang selesa. Jangan sesekali memakai blouse yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda. Wanita yang sedang mengandung sentiasa ingin berada dalam keadaan yang selesa. Blouse seperti ini bukan sahaja boleh dipakai ke pejabat malah boleh digayakan untuk aktiviti-aktiviti lain.

Seluar Longgar

Dalam keadaan perut yang sedang membesar, pakai seluar yang longgar seperti palazzo pants yang selesa. Atau anda juga boleh memakai skirts labuh. Terpulang kepada anda untuk memadankan seluar ini dengan mana-mana baju yang anda gemari.

Outerwear

Pemakaian blouse Muslimah sebentar tadi juga boleh dipadankan dengan pemakaian outerwear seperti cardigan, blazer atau kimono top seperti berikut.

Dress Shirt

Dan akhir sekali, anda boleh memakai koleksi dress shirt atau dress Muslimah seperti berikut. Kini terdapat pelbagai rekaan dress yang sesuai juga dipakai oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.


You Might Also Like

1 comments

ShopLinks

babab.net