KENA PRANK SEBELUM DAPAT RESULT UPSR 2006

Cerita 9 tahun dulu aku simpan kat sini selain simpan di memori aku yang masih elok ni. In shaa Allah. Cerita semasa aku nak ambil result UP...

Cerita 9 tahun dulu aku simpan kat sini selain simpan di memori aku yang masih elok ni. In shaa Allah. Cerita semasa aku nak ambil result UPSR. Dulu aku memang anggap UPSR ni peperiksaan aling penting dalam hidup aku. Yelah, ni kali pertama aku menduduki peperiksaan besar kan. Jadi siang malam aku belajar. Siang malam aku menghadap buku latihan.


Aku ni memang terkenal dengan menangis lepas lepas jawab peperiksaan. Jawab SPM pun aku nangis lagi. Nangis sebab aku cakap aku tka boleh jawab. Aku takut tak dapat A. Masa UPSR pun sama lah. Lepas paper je aku nangis. Paling teruk aku nagis subjek  matematik. Memang aku takut betul lah masa tu. 

Hari ambil keputusan tu, lagi la 100 kali ganda takut kan. Guru besar aku yang pergi ambil keputusan dekat PPD kan. Orang lain boleh lagi main kejar-kejar. Aku masa tu memang tak senang duduk dah. Ulang alik aku pergi kat pejabat. Tanya kerani sekolah. "Lambat lagi ke guru besar nak sampai?" Punya aku cuak. Lepas tu aku masuk betapa balik dalam kelas. 

Kerani sekolah datang kelas dan panggil aku dengan lagi 2 orang kawan yang sama-sama berlawan result. "Lela, awak dapat 3 A je, Jamilah dengan Aimi dapat 4A 1B" Perggghhh, berderau darah aku. Terus aku lari naik bilik komputer kat tingkat 2 sambil nangis-nangis ala-ala cerita hindustan lepas putus cinta tuu. Serius sama. Kaawan aku tanya kenapa nangis, aku tak jawab, terus sambung nangis. 

Kerani dengan mak aku dah gelak kat dalam kantin sekolah. Lepas tengok aku dah teruk sangat nangis, dah macam putus cinta sangat dah. Ma call aku, masa tu bawa telefon nokia 3310 ja. Ma call cakap

 "K.na dapat 5A lah, tapi jangan lah bagitahu orang lan dulu" 

Lepas tu apa lagi, makin parah lah aku nangis, Ni nangis gembira tambah kena prank lagi. Sampai hati betul kan depa prank aku. Lepas tu baru lah rasa lega sikit. Happy lah kan dapat 5A. Acececeh. Masa kecil-kecil sekolah rendah rajin lah aku belajar buat latihan bagai. Dah besar -besar jadi pemalas ya ampunnn. 

P/S 
Kepada adik-adik yang ambil result hari ni. Walau apa pun keputusan nya, jangan putus asa. Bukan UPSR je penentu masa depan adik-adik, banyak lagi cabaran, ujian, jalan kat depan sana. Teruskan usaha sampai berjaya. Jangan putus asa. Keep Moving. Jangan jadi mat rempit minah rempit sudah. Ok adik-adik. janji dengan hakak yee . Kipidap ! Dongibab !

You Might Also Like

6 comments

  1. Salam, anda terpilih untuk blog review Ayuni!
    http://ayunirafilah.blogspot.com/2015/11/november-blog-review.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ayunii. terharunya kiteee.

      Delete
  2. Waahhhh, 5A . Siap kena prank. Kelakar. Hehehehe Iday dulu prank mak. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la .. kesian kat kite time tuuu. sampai hati depa

      Delete
  3. hahaaha..ratu air mate lah ni yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite kuat jugak la nangis kalau takut . hehehe

      Delete

ShopLinks

babab.net