Followers

MUTIARA DARI SABAH | HADIAH DARI KAWAN

Kalau pergi Sabah, memang akan bawa balik gelang atau rantai mutiara dari sabah. Tapi kali ni bukan aku yang pergi sabah, tetapi kawan aku b...

Kalau pergi Sabah, memang akan bawa balik gelang atau rantai mutiara dari sabah. Tapi kali ni bukan aku yang pergi sabah, tetapi kawan aku balik kampung cuti sem hari tu dan bawak balik gelang mutiara untuk kami. Sabah memang terkenal dengan kecantikan pearl/mutiara disana. Ada jual berlambak-lambak dipasar. 


mutiara sabah
FRESHWATER PEARL
Pearl ada 2 jenis iaitu freshwater pearl (mutiara air tawar)  dan saltwater pearl (mutiara air masin). Salt water pearl lebih mahal malahan boleh mencecah ribuan ringgit berbanding fresh water pearl. Mutiara air masin payah diperolehi sedangkan sedangkan mutiara air tawar amat banyak dihasilkan menyebabkan ia banyak terdapat di pasaran. Ini yang menyebabkan mutiara air masin ini tinggi nilainya berbanding air tawar.

Satu lagi pula jenis mutiara buatan yang terdapat di pasaran ialah mutiara
swarovski. Mutiara swaroski sama adalah dihasilkan seperti kristal swarovski dari pengeluar yang sama. Konsepnya adalah kristal swarovski yang kemudiannya disaluti dengan mutiara secara sentetik. Pelbagai warna yang dihasilkan oleh mutiara ini adalah dipengaruhi oleh warna kristal yang terdapat di dalamnya.

Yang atas pearl yang kawan aku bagi. Asli kata nya. Cara nak tahu mutiara tu asli atau tidak, dengan menggigit mutiara tersebut. Janganlah gigit sampai patah gigi. Gigit sambil lalu kan pada gigi. Mutiara Asli anda dapat rasa sedikit ngilu [kesat] pada gigi. Macam ada surface agak kasar-kasar pada mutiara [Terasa seolah permukaannya berpasir ], walaupun pada zahirnya kelihatan permukaan mutiara asli tadi adalah sangat licin dan sempurna.
Mutiara palsu pula bila digigit, akan terasa licin, dan berbeza dengan mutiara asli tadi. 

Cara lain dengan membakar mutiara tersebut. Jika melecet kesan dari pembakaran tersebut maka sah ia bukan mutiara asli. Pembakaran tidak akan mendatangkan sebarang kesan terhadap mutiara.

You Might Also Like

6 comments

ShopLinks

babab.net