Followers

SEBAB KENAPA SINGLE TU LAGI SERONOK

Assalamualaikum. Entry ni khas untuk semua yang masih single mingle ataupun yang bakal menjadi single. Saja ja wujudkan entry ni dalam mas...

Assalamualaikum.

Entry ni khas untuk semua yang masih single mingle ataupun yang bakal menjadi single. Saja ja wujudkan entry ni dalam masa yang sama aku dikelilingi kawan yang punya pasangan masing-masing. Kononnya aku stress sebab still bersendirian.

Tapi ada sebab aku masih pertahankan single ni. Atau aku memang tak laku? Aku tak kisah pon kalau betul aku tak laku.


SEBAB KENAPA SINGLE NI BEST

1. BOLEH PAKAI APA SAHAJA YANG AKU SUKA.

Like seriusly benda ni lah selalu bawak gaduh sebenarnya. Aku tak suka orang halang cara aku pakai. Memang la bagus kalau ada pasangan yang nak menegur cara kita berpakaian. Tapi selagi pakaian tu tak melebih-lebih, ok kan ? Kalau pakai litup sebab pakwe pun apa gunanya? Ok aku jahat. 

2. TAK ADA ORANG AKAN JELES BILA AKU LEPAK DENGAN KAWAN-KAWAN.

Yang ni pun part yang aku paling tak boleh blah. Kalau ada pakwe, dah tentu aku dah tak boleh lepak dengan kawan kawan macam sekarang. Kalau sekarang aku boleh lepak dari pagi sampai ke malam. ewahhh, bohong sangat. Maknanya aku boleh lepaking dengan semua kawan perempuan dan lelaki. Seronok kan ?


Mungkin kau lepaking sambil buat aktiviti gila sambil bergelak tawa. Tapi kau takkan boleh jadi macam  ni kalau kau ada pasangan kecuali pasangan kau seporting tahap gila punya. 

3. TAK PERLU NAK FIKIR HADIAH NAK BAGI DAN HADIAH AKAN DAPAT BILA BIRTHDAY.

Haaa. yang ni pun satu hal. Kalau dah kapel sah-sah ni yang kena fikir. Birthday kau birthday aku, masing masing kena ada hadiah kan?

4. TAK PERLU NAK HADAPI PERGADUHAN DENGAN PIHAK KETIGA.

Dalam percintaan ni, kehadiran orang ketiga ni lah yang paling worst sekali dalam hubungan percintaan ni. Dalam setiap hubungan mesti ada yang ketiga kan ? kalau tak ada pun, mesti kau akan ada-ada kan konon nya gaduh tu sweet, gaduh tu merapatkan lagi hubungan. 

5. BOLEH TRAVEL KE MANA SAHAJA BILA-BILA MASA TANPA ADA SESIAPA YANG HALANG.

Kalau ni aku setuju sangat. Berapa ramai yang ada teman, kekasih hati, bila nak pergi mana-mana, tak mintak izin? ada ? tak ada kan ? semua akan minta izin dulu, semua kena report segala nya dahulu. Kalau nak pergi, ada kawan lelaki sama, konfem tak boleh pergi, kalau pergi konfem perang dunia kedua akan BERMULA !
Choose where should i go ?

6.AKU ADA BANYAKKK MASAAA YANG FREEE.

Kalau ada kekasih hati, dah tentu separuh masa kita akan dibahagikan untuk dia. Dan mana masa untuk kawan ? parents ? study ? lepak ? makan ? buang air ? ops, ok lebih. 

7. BOLEH BUAT APA SAHAJA YANG AKU NAK

Aku boleh tidur sesuka hati, boleh makan sesuka hati, boleh lepak sesuka hati, boleh travel sesuka hati, boleh wasep dengan sesiapa sesuka hati. Semua sesuka hati selagi tak bercanggah dengan ajaran ISLAM. Aku pun ada iman ok ! walaupun senipis kulit bawang !
Boleh rempit sesuka hati dengan sesiapa sesuka hati. kenangan ja nii. rempit dari perlis ke penang

Ada lagi sebab lain. tengok next entry kat sini REASONS WHY SOMETIMES BEING SINGLE IS ACTUALLY THE BEST


You Might Also Like

5 comments

  1. setuju sangat!
    sebab itu saya memilih untuk single..
    :p

    ReplyDelete
  2. nih wak nk bgtau jeer., kawen tu sonok tauu, tapi nk jaga perkahwenan tu yg tak sonok., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak, bab kawen lambat lagi . kite pun belajar lagi ni

      Delete
  3. haaahaaa....semua ni aku setuju sangat...hahahaaa...jom keluar !! bila dapat jumpa ?? huhuuu

    ReplyDelete
  4. SETUJU..itu juga antara sbb bagi sis JM yg still single until now...x perlu nk jaga perasaan pasangan

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net