BLOGGER PENIPU

Mula berbloging dari tahun 2013. Sebenarnya 2011 lagi aku dah berblog cuma aku delete dan banyak yang dah lupa. Tahun 2013 aku tak aktif san...

Mula berbloging dari tahun 2013. Sebenarnya 2011 lagi aku dah berblog cuma aku delete dan banyak yang dah lupa. Tahun 2013 aku tak aktif sangat. Blog pon jarang berupdate. 2014 jarang jugak. 2015 aku mula aktif berblog. Aktif pon tidak lah seaktif mana pun. Jarang jugak aku update blog ni. Kalau ada idea aku update. Banyak masa lain aku writing block. Memang otak tak boleh nak fikir idea nak tulis.

Sepanjang aku berblog, ramai jugak lah yang duk bash kan. Cakap blogger tu blogger ni. Aku dengar jugak lah walaupun kadang-kadang berbekas dihati ini. Tapi aku endahkan saja lah. Terkadang ada yang cakap BLOGGER NI PENIPU. Penipu dalam segi apa?

Dalam segi penulisan yang menipu. Dalam segi fakta yang tidak betul. Dalam segi cerita rekaan semata. Tapi tak semua blogger macam tu kan. Mungkin ada yang tersalah bagi info ataupun fakta. Sebab blogger pun manusia yang ada buat salah terutama dalam penulisan.

Sebenarnya atas blogger itu sendiri mahu bagi fakta ataupun auta. Ramai je blogger yang menyebarkan fitnah artis sana sini. Tapi tak semua sebarkan fitnah. Banyak katogeri blogger yang orang tak tahu. Seperti parenting blogger, mestilah cerita pasal parenting, pasal anak-anak. Fashion blogger mestilah cakap pasal fashion, food blogger cakap pasal makanan. Lifetyle blogger lebih umum, tapi tak ada lah nak menyebarkan fitnah.



Aku ? aku tergolong dalam blogger yang mana satu ? Aku blogger hentam kromo je. Suka hati aku nak tulis apa pun. Kadang-kadang cakap pasal pelajaran, cakap pasal resepi, cakap pasal vacation. Dah nama pun lifetsyle blogger, memang cakap pasal umum la sikit. Jadi kalau ada fakta tak terfaktab, boleh lah nasihat aku dan betulkan fakta mengarut aku.

Jadi, keep calm and keep blogging. apa pun orang nak cakap, buat tak tahu saja lah. asalkan aku puas menulis. Part time je pun ni. Dengar je komplain orang. Yang betul boleh dibuat panduan, kritikan boleh dibuat pengajaran. Goyang kaki dulu ye kak.

You Might Also Like

5 comments

  1. biarlah apa yang orang nak cakap... kita menulis sebab kita suka.. lagi satu, sebabkan blogger lain buat masalah, kita yang lain terpalit jugak..apa apa kena balik pada diri org tu sendiri kan.. :)

    ReplyDelete
  2. Hehe..same la start berbloging dh lma tp entry lps dh pdm..thn ni bru aktif tp x aktif sngt pn.Thun dpn la kot aktif sngt..wkwk

    ReplyDelete
  3. samalah kita.. blogger hentam kromo..update jer apa yang rasa nak di update..kihkih..

    ReplyDelete
  4. yeahh, sama. lifestyle blogger. kita share pengalaman. hihi, sebab tak semua orang dapat pengalaman yang sama :D

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net