BOOKING MEJA YANG TIDAK BERNAMA

Pernah tak duduk dekat meja yang kosong cuma ada botol air dan fail disudut meja. Meja di tempat awam yang semua student akan pakai untuk st...

Pernah tak duduk dekat meja yang kosong cuma ada botol air dan fail disudut meja. Meja di tempat awam yang semua student akan pakai untuk study dan online. Dah dekat sejam duduk dekat meja tu, Tak ada pula yang datang menjelma. Jadi kita boleh assume yang tempat tu kosong dan ada student tertinggal barang dekat situ.

Lepas sejam tuan fail datang dan cakap " kami dah booking tempat ni"

"Hah ? booking? dari tadi tak ada orang pun kat sini. kosong je. Tapi tadi ada orang tumpang barang sekali kat sini."

Masih ada lagi beberapa kerusi yang kosong. Salah seorang kawan bertanya " so, where should we go ?"

Sambil jalan dia berkata " Kita dah booking tempat tu, tu tempat kita lah. Bodoh punya perempuan"

Setempek aku kena bodoh. Kenapa tak tanya lambat lagi ke nak guna ? Boleh kami duduk tak kat sini ? kerusi ni kosong ke ?

Aduih, sedangkan banyak lagi kerusi kosong. Duduk je lah. Aku sorang saja. Bukan nak guna semua ke enam-enam kerusi pun. Haishh. Sabar je lah.

You Might Also Like

9 comments

  1. huhu...pernah jugak alami situasi ini di suatu ketika dulu....sabor je la

    ReplyDelete
  2. Waduh bahasa tak jaga..bertabahlah Leyla ey..

    ReplyDelete
  3. laaaa... pulakkkk.. main booking2 gitu je mana leh layan dik.. letak down payment arr..!! hehehehehee... :p

    ReplyDelete
  4. Sabar jellah.. Kurang adab agaknya.. Kalau dia tinggal nota tulis dia booking meja, logik la juga.. Ini just letak botol air.. memang x logik.. Ish ish..

    ReplyDelete
  5. Macam tulah pulak ya. Kita dah lepak lama kat situ, bolehlah pulak kata dah booking dah lama. Lain kali campak aje fail dan botol tu kat meja atau kerusi lain, habis cerita.

    ReplyDelete
  6. laaah.. file tu dia punya ke ? adeh.. tanya elok2 kan boleh..

    ReplyDelete
  7. Reserving a table can be difficult sometimes. Still, you need to consider lots of things for your perspective. You can read full article to grasp the point

    ReplyDelete
  8. hahaha tak pernah lagi kena macam tu. tapi kalau ada barang memang was was nak duduk. I kalau nak booking meja ke kusi ke I akan sepah sepahkan barang atas tu hahaha. kalau takat botol air nampak macam orang tertinggal je >,< at least letak lah buku , pencil case blablabla . hahahaha.

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net