KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG BALING | KEDAH

KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG BALING | KEDAH Satu tempat yang aku rasa sangat enjoy dan memuaskan. Mana tak nya, aku mandi bermula pukul 4.3...

KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG BALING | KEDAH

Satu tempat yang aku rasa sangat enjoy dan memuaskan. Mana tak nya, aku mandi bermula pukul 4.30 sampai pukul 7.00 pagi. Lama kan. Puas hati aku berendam dalam air macam badak air. Perjalanan dari Perlis mengambil masa lebih kurang 3 setengah jam. Kalau macam aku ambil masa dalam 5 jam juga sebab aku meronda dulu. 

KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG BALING | KEDAH merupakan satu tempat rekreasi untuk semua lapisan masyarakat termasuk golongan nenek-nenek, mak-mak, anak-anak dan cucu-cucu. Semasa disana, aku nampak semua golongan sampaikan baby umur 5 6 bulan pun ada. Kadang-kadang kesian jugak lah tengok, baby-baby dibagi berjaga, anak-anak 2 3 tahun dibagi main air seawal 3 4 pagi. Bukan kah tu masa tidur. Tapi tengok kanak-kanak tu happy je main air, aku pun ok je lah. 

Disarankan untuk mandi disini pada awal pagi bermula dari jam 12 sehingga pagi sebab kalau datang tengah hari, memang tak boleh mandi lah. Sebab air panas tambah lagi dengan cuaca panas. Makin panas lah jawabnya. Aku pun tak sempat nak snap gambar masa malam, sebab memang syok sangat mandi, lagipun malas nak layan fon. Aku ni tahu saja lah kalau berjalan tak hirau dah fon. 

Ni gambar lepas kami dah mandi dan siap-siap nak balik. Sempat juga aku snap gambar kemudahan dan keadaan di sini. Pada waktu pagi, air berkelodak sikit sebab malam tu orang ramai-ramai duk terjun. Dah macam wet party dah aku tengok. Tapi jangan risau, pada waktu siang, pihak kolan air panas akan refill ai baru dan buang air lama yang berkelodak. Semasa mandi pun air sentiasa mengalir. Tak ada kotor bertakung air dalam kolam tuu. 


Stage yang paling panas, nak masuk kaki pun tak sanggup kakak. Yang ni dia pagar tak bagi menyelam dalam ni. Kalau meyelam jugak jawab nya naik semua kulit tertanggal. Untuk rendaman kaki sahaja. Duduk tepi-tepi pagar sambil rendamkan kaki. 


Stage nombor 2. Yang ni pun dah cukup panas. Masuk kaki memang terus angkat. Tapi lama-lama, kasi kuat mental sikit boleh lah rendam kaki lama-lama. Lepas tu cuba turun sikit-sikit. Aku cabar kawan aku selam. Tapi kalau dia selam, aku selam jugak. Lepas dia buat, terpaksa la aku kotakan janji. Lepas selam memang pedih muka, nak bernyawa pun agak sukar sebab macam ada tekanan sikit. Susah nak bernafas. Tapi lama-lama okay.


Ni jadi tumpuan sikit. Memang jadi tumpuan jejaka-jejaka buat terjunan bebas kat sini sebab dalam daripada tempat lain. Tahap panas stage 3. Dalam sampai dada. Ramai sangat mandi sini sebab tu kelodak yang ampunnn. 


Ni kawasan kanak-kanak. Memang tak dalam dan panas stage 4 kot. Aku test-test kaki ja . 


Ni makcik-makcik lepak sini. Aku pun mandi sini sebab lengang sikit dari kaum adam. Okay la panas so so tapi panas la jugak. 



Disediakan chalet dengan harga serendah RM120 lengkap dan boleh bawak khemah sendiri untuk berehat dan menukar pakaian. Sebenarnya bilik persalinan ada disediakan, tapi untuk privasi keluarga dan pilihan masing-masing. 


LOKASI KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG BALING | KEDAH

Terletak kira-kira 10 KM dari pekan Baling.

ALAMAT di Kolam Air Panas Ulu Legong


Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
091000, Baling
Kedah Darul Aman


KEMUDAHAN di Kolam Air Panas Ulu Legong


Chalet
Bilik persalinan
Bilik mandi
Tandas
Surau
Tapak perkemahan
Tapak BBQ
Kedai jualan makanan
Tempat letak kereta percuma


HARGA TIKET MASUK di Kolam Air Panas Ulu Legong

RM6 Dewasa
RM3 kanak-kanak


Okay balik dulu. Sampai jumpa lagi ya kolam air panas ulu legong. Maaf gambar tak berapa cantik. Pakai henfon biasa ja. Tak ada bajet untuk kamera lagi. In shaa Allah suatu hari nanti.

You Might Also Like

3 comments

  1. Murah dan menarik, memang tercari tempat baru untuk nak xplore dengan anak-anak. tq... wonderful sharing. aswaleyla

    ReplyDelete
  2. best2.. akak pernah pergi sekali.. kami pi malam sampai pagi esoknya.. samalah =P
    tapi dulu tadak kemudahan2 ni semua.. dulu cem kurang kemas sket.. skrang dah maju..

    ReplyDelete
  3. dia ada separate pool or separate times utk laki perempuan tak. by your story mcm tak je. teringin sangat nak pegi but tak pernah dapat peluanggg. T__________T

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net