Followers

MITOS ! MINUM AIS MEMBUNCITKAN

Jangan minum ais ! nanti perut buncit ... Perut aku dah buncit la.. Ni sebab minum ais la ni! ini lah yang selalu keluar dari mulut send...

Jangan minum ais ! nanti perut buncit ...

Perut aku dah buncit la.. Ni sebab minum ais la ni!

ini lah yang selalu keluar dari mulut sendiri. Tak pasti lah mana saya dengar mitos ni. Tapi saya yakin semua pernah dengar dan percaya dengan mitos ni.

Sebelum ni saya ingatkan ini fakta. sehingga lah terbaca tweet dari Dr. Khairul Hafidz dalam #PerangMelawanMitos. Nak cari tweet tu dah ditimbun dengan tweet lain yang banyak. Boleh lah cek tweet Dr Khairul Hafidz kalau nak kepastian. Seronok baca tweet doktor doktor ni. Kadang kadang banyak mitos yang selama ni kita percaya tetapi hakikatnya mitos semata mata.

Mitos minum ais akan menyebabkan ais tersebut membekukan lemak lemak dan minyak yang ada didalam badan. Sebenarnya salah ! Sebab ais yang sejuk, sebelum sampai ke perut, suhu ais yang sejuk tersebut akan di sama kan dengan suhu badan sendiri.

Cuma minum ais tetap tak bagus dan lebih baik minum air suam untuk memudahkan kerja pencernaan supaya menjadi lebih ringan.Air sejuk dapat membantu pembakaran lemak tetapi perlu diselarikan dengan aktiviti riadah dan pemakanan yang sihat. Jangan minum ais lepas tu tidur. Kalori pun malas terbakar sama macam kita yang malas bersenam.

You Might Also Like

1 comments

  1. Perut buncit tu sebab dia tak jaga badan dengan pemakanan.. hehehe..

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net