Followers

TERBANGUN LAMBAT SEBAB HANDPHONE ROAMING

Hari ni terbangun lambat. Kelam kabut bersiap nak pergi kelas. Nasib baik tengah ABC, tak ada lah ter Subuh gajah pagi tadi. Entah lah macam...

Hari ni terbangun lambat. Kelam kabut bersiap nak pergi kelas. Nasib baik tengah ABC, tak ada lah ter Subuh gajah pagi tadi. Entah lah macam mana boleh terbangun mengejut. Dah lah tengah mimpi jumpa Aaron Aziz. Aceceh. Lepaas dah buka mata, otak pulak duk fikir.

Satu habit saya ni memang jenis suka set jam sampai 4 5. Mula dari 6.35,6.40,6.45,6.55,7.00. Tapi satu pun saya tak dengar. Tengok jam baru jam 6.31pagi. Owhhh, awal lagi, patut lah jam tak bunyi lagi. Baru nak pejam mata balik, terperasan bilik cerah walaupun tak buka lampu. Tengok luar tingkap, mak ai ! takkan pukul 6.30 terang benderang macma ni. Ni tak lain tak bukan lah, handphone dah jadi roaming. Jam bertukar jadi satu jam lambat. Masa Malaysia jam 7.30 sebenarnya. Dan aku perlu naik bas pukul 8 nak ke kelas.

Mula lah aksi kelam kabut pergi seterika tudung, mandi. siap siap, pakai tudung dannnn nasib baik sempat siap. FUH FUH.
Nak naik lif tengok lif baru gerak turun, jadi kalau tunggu ni memang lambat. Terpaksa turun tangga dari tingkat 5. (yang ni dah biasa sebab saya jenis tak suka menunggu walaupun tunggu lif)

Sampai bawah, nasib baik lagi kawan kawan masih menunggu. Lepas tu cerita jam tak bunyi sebab setting jam lari " Aku tahu hendphone kau roaming kan ? sebab aku call nak kejut tadi operator Thailand yang jawab " Ayakkkk !

Begini lah nasib kalau duduk dekat sempadan Thailand. Masa kadang kadang cepat kadang lambat. Dah banyak kali jugak kena macam ni. Tapi untuk yang bangun pagi yang ni kali pertama. Haru pagi ku yang indah !

You Might Also Like

6 comments

  1. ahaha.. beli la jam loceng senang.. sampai org tingkat bawah boleh dengar :D

    Blogwalking sini
    Jom cuba resepi kek pisang yang sedap dan mudah ni

    https://www.biskutsemperit.my/2016/02/resepi-kek-pisang-sedap-mudah-murah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. rasa macam dah kena beli jam loceng ni. bagi 1 blok bngun

      Delete
  2. Replies
    1. berdegup mcm nk jatuh jantung. sambil mandi duk pikir lgi, betul ke dah lewat ni ?

      Delete
  3. Replies
    1. aip k.lisa, sempat lagi bw ye. bukan skrg kat taman negara ka ?

      Delete

ShopLinks

babab.net